Puasa Syawal
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berada di atas bumi Allah ini. Sahabat yang dirahmati sekalian.
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”[HR Muslim]
Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan jugakepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa ini di dalam bulan Syawal.
Dan Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan.Puasa enam hari digandakan pahalanya seperti berpuasa sepanjang masa. Secara logiknya sudah tentu tidak akan mampu difikirkan oleh akal kita sebagai makhluk Allah. Tetapi Allah SWT Maha Kaya untuk memberikan ganjaran yang lebih hebat lagi seandainya kita istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.
Di dalam pertengahan bulan Syawal ini, sudah pasti kita masih menyambut Aidilfitri, maka sudah pasti kita tidak terlepas dari undangan rumah terbuka dan ziarah menzirahi antara satu sama lain. Namun apa yang lebih penting jangan kita menjadikan alasan untuk kita tidak mengambil faedah dan peluang untuk sama-sama kita menunaikan ibadah sunat ini kerana pahalanya yang mungkin dapat menampung kekurangan yang berlaku sepanjang kita menunaikan ibadah puasa di dalam Ramadan.
Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya?