Aku bukan ko, ko bukan aku, aku adalah aku yang seadanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Blog ini adalah blog peribadi aku dan keluarga. Sesiapa sahaja boleh link blog ini kepada blog anda.
Jika kandungan blog ini ada di blog dan website lain maknanya aku copy dan paste. Jangan salah anggap aku bukannya bercita2 nak jadi lanun cetak rompak tapi aku suka membaca aku CNP ke blog ini, senang bila2 masa aku blh baca. Tak perlu tanya Pak Google lagi...
Jika blog ini terdapat info yang tak sahih tidak bermakna aku menyebarkan fitnah tetapi ALLAH Beri Akal Suruh Berfikir.
Ali Imran – [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
An-Nisaa [82] Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
Para Nabi dan Malaikat juga pernah bertanya Allah untuk memperkukuhkan iman dan agar tenang hati mereka:-
Al-Baqarah [260] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
A’raf [143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
Al-Baqarah [30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Jika blog ini mengganggu emosi anda, carilah ketenangan dengan ziarah ke blog lain. Pak Google sedia membantu , just type keyword. Semoga anda beroleh ketenangan dulu, kini dan selamanya...
"Biar rambut segelap Almond London, asalkan hati sesuci Kuih Bangkit. Biar Iman sekental Dodol, jangan senipis Rempeyek. Biar Jiwa selebut Baulu, asalkan akhlak secantik biskut Dahlia. Senyumlah semanis Wajik, agar hidup lebih bermakna."
Selamat membaca dan maaf dipinta kerana aku punya hati insan biasa.
Rasulullah SAW ada menyebut, "Dalam diri manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu baiklah seluruh kehidupan manusia, kalau jahat maka jahatlah kehidupan manusia itu, ketahuilah kamu itulah hati".
Iklan Khidmat Masyarakat
Sebarang iklan adalah dari keluarga belah mak dan ayah, jauh dan dekat...