Friday, November 6, 2009

Kisah menarik tentang keperibadian Rasulullah SAW.

Assalamualaikum…

Kita mempelajari sirah nabawiyah bukanlah semata-mat untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Nabi SAW, mengetahui perkara-perkara aneh atau indah-indah mahupun perkara tentang kelahiran Nabi, berkahwin dan seumpamanya. Sebaliknya kita ingin mempelajari tindak tanduk, gerak geri dan juga perangai Nabi SAW yang dikenali sebagai “Sirah Nabawiyah”.

1- Nabi dilahirkan secara fitrahnya minat mendidik manusia.

Pernah suatu ketika sewaktu Nabi ingin menunaikan solat berjemaah, lalu Nabi melihat seorang sahabatnya agak kedepan daripada safnya lalu nabi menolak orang itu ke belakang dengan kayu sugi yang dipegangnya itu. Ketika itu jugalah turun Malaikat Jibril menegur Nabi s.a.w. dengan katanya:
“Ya Muhammad, sesungguhnya engkau dibangkitkan sebagai seorang nabi, dan bukannya “Jabbaaran” ( orang yang menyombong diri).”
Walaupun perkara itu adalah biasa bagi kalangan orang arab tetapi Jibril turun mengingatkan Nabi supaya satu cara atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu diperkenalkan kerana Nabi akan menjadi ikutan kepada umatnya sepanjang zaman.


Selepas menerima teguran itu Nabi lalu menemui orang itu dan meminta orang itu untuk melakukan kekasaran sebagai balasan perbuatannya itu. Itulah peribadi Rasul yang tidak akan ada pada orang lain melainkan dia menghalusi sirah nabi ini.

2. Nabi bersikap setaraf dengan peringkat umur dan taraf manusia.

Nabi Muhammad SAW diberi gelaran “Aba al-Qasim” yang melambangkan Nabi saw juga seorang bapa yang mithali dan contoh bapa yang penyayang. Nabi memikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri-isterinya dan bapa kepada anak-anaknya.
Sekiranya kita beranggapan bahawa Nabi seorang yang serius dalam menghadapi kehidupan rumah tangga, sehingga tidak ada masa untuk bergurau senda dan ketawa bersama isteri-isteri adalah salah, kerana nabi amat mesra dan kehidupan keluarganya sangat meriah.

Pernah suatu ketika setelah Saidatina Aisyah pergi ke Madinah mendapatkan Nabi s.a.w, mereka bertemu dalam suasana keriangan bersenda gurau sambil berkejar-kejaran. Ini kerana Saidatina Aisyah ketika dikahwini masih berumur 9 tahun dan ketika bertemu baginda di Madinah beliau berumur 12 tahun. Jarak umur mereka adalah 44 tahun, dan tiada siapa menjangka bahawa Nabi masih mampu bergurau dengan cara yang selayaknya bagi mereka yang muda kerana ketika itu umur baginda sudahpun menjangkau 53 tahun.

Post a Comment

Blog Archive

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP