Showing posts with label Murah Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Murah Rezeki. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

Banyakkan Memberi Jika Mahu Banyak Menerima

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dari Jabir bin’ Abdullah r.a., katanya: “Aku hadir solat ‘Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari ‘Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita. Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. Sabda beliau, “Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka.” Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya; “Kenapa begitu, ya, Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami.” Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal.
Rujukan: Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0835.

Demikianlah Rasulullah mengajarkan kepada kita agar banyak membantu mereka yang kurang. Banyakkan bersedekah mudah-mudahan hidup akan lebih berkat dan bahagia. Saban hari kita terasa kehidupan kita makin sempit. Ditambah lagi dengan desakan ekonomi yang tidak stabil sudah pasti memberikan lebih banyak himpitan dalam kehidupan seharian. Kurangnya pintu rezeki dari Allah jarang kita nilai tentang kelemahan apa yang telah kita lakukan.

Sebenarnya banyak perkara yang menjadi asbab untuk Allah membuka pintu rezeki kepada kita. Lebih-lebih lagi bersedekah. Jika kita halusi mengapa Allah SWT memberikan kemurahan rezeki kepada mereka yang banyak bersedekah? Maka dari sini adalah asbab yang Allah berikan pada kita bahawa kita perlu banyak memberi kepada orang lain sekiranya kita mahukan balasan dari Allah. Bersedekah sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jika banyak kita membantu orang lain maka sudah pasti Allah akan banyak membantu diri kita.

Baik dari sudut rezeki pendapatan, pelepasan dari cengkaman hutang, kesihatan berpanjangan atau mungkin juga kebahagiaan dalam hidup.

Satu lagi isi penting dari wasiat Rasul ini ialah jangan mengeluh. Mengeluh juga memberikan tanda putus asa dan hilangnya nilai positif dalam diri. Sebagai orang mukmin sikap mengeluh perlu dijauhkan. Jangan sekali-kali meletakkan sesuatu yang negatif dalam diri kerana Allah amat luas rahmatnya dan akan membantu hambaNya.

Read more...

Saturday, June 6, 2009

Terdapat 11 amalan murah rezeki

Terdapat 11 amalan murah rezeki iaitu.

Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki,yang bermaksud: ” Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”
Banyakkan Doa - Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.
Banyakkan Sedekah - Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.
Buat Baik kepada Ibu Bapa - Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.
Banyakkan istigfar - minta ampunkan dosa sendiri. Pperkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.
Solat Dhuha - Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.
Baca Surah Al-Waqiah - Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.
Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan - Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.
Jangan Menyeksa Binatang - Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.
Sambung Silaturahim - Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.”(HR Bukhari)
Membayar Zakat - Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Semoga kita semua dapat amalkan kesemua 11 tips diatas di dalam kehidupan seharian kita.

Read more...

Friday, May 22, 2009

Petua Murah Rezeki

Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:
  • Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  • Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  • Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.


Apa yang diajar untuk diamalkan selama 40 hari, saya mengamalkan sehingga hari ini. Alhamdulillah ianya sudah menjadi sebati dengan kehidupan saya. Seperti mana ALLAH memberikan rezeki untuk saya, insyaALLAH anda juga akan memperolehi faedah yang sama seperti saya. ALLAH itu maha kaya.

Read more...

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP