Bagaimana Memperkukuh Silaturahim
Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: “Seorang lelaki desa bertemu dengannya di salah satu jalan di kota MaKkah. Lalu Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas himar yang ditunggangnya, dan diberinya serban yang sedang dipakainya di kepala.” Kata Ibnu Dinar, “Maka kami berkata kepada Abdullah bin Umar, semoga Allah Ta’ala membalasi kebaikan Anda. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana.” Jawab Abdullah. “Bapa orang ini adalah sahabat baik Umar bin Khathab. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya.”
Berapa ramai di antara kita yang mengambil berat dalam memperkukuhkan silaturahim yang terbina? Sebahagian di antara kita pula membina silaturahim memadai dengan hanya kunjung mengunjung ketika majlis-majlis tertentu sahaja atau ketika rumah-rumah terbuka sahaja. Tetapi anda sebenarnya boleh melakukan lebih dari itu dan bukan hanya terhad untuk waktu-waktu tertentu sahaja untuk mengeratkan hubungan yang telah terjalin.
1. Berjabat tangan bila bertemu
Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya apabila bertemu dengan saudara-saudaranya atau dengan sahabat-sahabat agar cepat-cepat untuk berjabat tangan. Sentuhan melalui berjabat tangan ini akan melahirkan kemesraan dan ukhuwah yang erat. Kaedah berjabat tangan yang dilakukan Rasulullah berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud:
“Rasulullah apabila ada seseorang menghadap kepada beliau maka kalian berjabat tangan, dan baginda tidak mencabut tangan beliau dari tangannya sehingga orang itu mencabut dan baginda tidak memalingkan muka baginda dari mukanya sehingga orang itu memalingkan, dan baginda tidak nampak mendepankan kedua kaki baginda di hadapan orang yang sama-sama duduk dengan baginda”.[HR Tirmizi]
2. Memberi senyuman ketika bertemu
Berjabat tangan tanpa senyuman menggambarkan bahawa anda tidak mencinta saudara anda. Bahkan anda mungkin terpaksa berjabat tangan dengan saudara anda kerana tidak dapat mengelakkan diri dari terserempak dengannya. Maka seeloknya senyumlah sebagai iringan bahawa anda benar-benar bahagia bertemu dengan saudara anda.
3. Berdoa untuk saudara @ sahabat
Jangan hanya mengingati saudara @ sahabat kita hanya kita waktu-waktu tertentu sahaja. Berdoalah untuk mereka. Pohonlah kebaikan, kesejahteraan, perlindungan sebagaimana anda berdoa untuk diri anda.
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak bagi seorang hamba mukmin yang berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu seperti itu juga.”
4. Memberitahu kepada saudara yang dicintainya
Sangat sedikit di antara kita yang memberitahu kepada sahabat atau saudara kita bahawa kita menyayangi mereka. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya.” [HR Abu Daud & Tirmizi]