Nuzul Quran
Assalamualaikum wbt.
Salam Fitrah kepada semua Sahabat Fitrah yang sentiasa setia untuk mencari ilmu-ilmu sebagai santapan rohani.
Dalam bulan Ramadan terdapat dua kelebihan utama yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya beriman. Salah satu kelebihan yang kita maklum ialah malam al-qadr yang diterima semua amalan hamba-hambaNya yang menemui malam tersebut. Malam al-qadr yang diturunkan malaikat oleh Allah SWT untuk menghimpunkan setiap doa hamba-hambaNya ang beriman.
Dan salah satu peristiwa penting yang menjadi anugerah Allah di dalam bulan ini ialah penurunan kitab suci al-Quran. Kitab yang menjadi petunjuk dan hidayah kepada semua manusia. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
Sesungguhnya al-Quran yang menjadi panduan kita hari ini telah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun sebagai satu metod pembelajaran yang perlu disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada sekalian umat. Bila kita mengingati peristiwa penurunan kitab Allah ini, maka dalam masa yang sama kita perlu menghayati sirah perjuangan baginda s.a.w dalam menegakkan ajaran kitab suci ini.
Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan kerana Jibril a.s telah menurunkan kalam Allah ini melalui junjungan besar s.a.w. Sebab itu Ramadan juga dikenali sebagai bulan al-Quran kerana peristiwa nuzul Quran yang menjadi titik permulaan agama Islam umat Islam.
Al-Quran yang menjadi mukjizat baginda s.a.w ini sangat agung, kerana penurunannya begitu dimuliakan oleh makhluk Allah yang lain. Sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Hasyr ayat 21: “Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau dapat melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat manusia supaya mereka berfikir.”
Justeru itu, kita amat dituntut untuk mengisi Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca mukjizat agung ini sebagai salah satu penghormatan yang perlu diingati di samping kita sama-sama mencari keredhaan Allah SWT. Namun apa yang perlu diingatkan dalam kita bertadarus dan membaca al-Quran, bukan khatam yang perlu kita kejarkan, tetapi apa yang lebih penting tadabbur serta penghayatan akan menjadikan peristiwa nuzul quran ini terkesan di hati kita. Baginda Rasulullah s.a.w menganjurkan kita dalam kita membaca al-Quran ini, bahawa mereka mempelajari isi kandungan al-Quran dengan mempelajari beberapa ayat, kemudian diiringi dengan penerangan mengenai ayat tersebut.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Adalah seorang dari kami jika mempelajari sepuluh ayat maka ia tidak menambahnya sampai ia memahaminya dan mengamalkannya.”[HR Ibn Mas'ud]
Mudah-mudah sambutan Nuzul Quran kali ini menjadi titik perubahan kepada kita dalam menghayati ayat-ayat Allah agar segala isi kandungannya akan lebih menambahkan lagi keyakinan kita terhadap agama Allah.