Aku ingin Mencintai dan Dicintai
Cinta… Begitu indah bila menyebut tentang cinta. Mandi tak lalu, tidur tak kenyang dan sehingga makan pun tak lena. Hmm… Hanya kerana “CINTA”, lautan api sanggup diredah, gunung sanggup didaki dan banyak kisah-kisah realiti terpampang di media massa kini sehingga seorang pelajar dibelasah sehingga koma oleh 12 orang hanya kerana berebutkan satu CINTA…
Dari mana datangnya cinta ini? Sering diungkapkan bahawa cinta datangnya daripada pandangan mata dan turun ke hati. Rasa cinta menurut tabiat semula jadi kebiasaan manusia ini mudah diperolehi tanpa perlu berikhtiar tetapi melalui dorongan nafsu dan emosi. Hal ini merupakan fitrah semula jadi manusia untuk mempunyai rasa dicintai dan melahirkan perasaan cintanya dalam pelbagai cara.
Hari yang berlalu tak kan kembali, Pada usia yang semakin meningkat ini, apakah kita membahagikan perasaan cinta kita dengan komposisi yang betul? Bagaimanakah pula kita menyusun tingkatan-tingkatan cinta kita? Generasi kini terlalu mengagungkan cinta manusia berbanding dengan cinta ILAHI dan kekasih-Nya. Sedangkan jika kita cintakan Allah dan Rasul-Nya, pasti cinta yang lain akan datang dengan penuh rahmat dan berkah.
Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat : 49:7
Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; -
Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kebahagiaan buat hamba-hambanya yang mencintainya dengan sepenuh hati melebihi segala cinta-cinta yang lain.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 3:31.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sungguh…adalah sebahagian daripada budi pekerti yang luhur hendaknya kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi kita nikmat-nikmat yang tiada nilainya…
Sungguh…adalah sebahagian daripada budi pekerti yang luhur hendaknya kita memiliki sifat ikhlas dan setia terhadap Allah yang mengasihi setiap hamba-hamba-Nya…
Sungguh…adalah sebahagian daripada budi pekerti yang luhur hendaknya kita mengembalikan keutamaan kepada pemilik-Nya…
Sungguh…Dia telah memelihara dan menjaga kita dan telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kita semua…
Dan sungguh telah menjadi kewajipan kita semua untuk memuji-Nya, mengingati-Nya sentiasa, mensyukuri nikmat-nikmat-Nya dan kita wajib mencintai-Nya…
Seterusnya, bagaimana pula untuk kita mengekspresikan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W, yang bukan sekadar membawa cahaya yang menyinari masyarakat bahkan berjuang habis-habisan untuk meyakinkan kita tentang syurga dan neraka dan mengimani Allah?
Saban tahun kita merayakan hari kelahirannya. Saban tahun kita berselawat kepadanya. Sudah cukupkah untuk menggambarkan rasa cinta kita kepada kekasih ALLAH sedangkan kita tidak mempertegak sunnahnya… Sedangkan perayaan lain disambut dengan lebih meriah berbanding hari kelahirannya… Sedangkan cinta kepada “kekasih hati” melebihi cinta kepada Allah dan Rasulullah… Sedangkan…sedangkan… dan sedangkan generasi kini semakin tidak “mengenalimu” wahai kekasih ALLAH…
Bagaimana hatimu wahai Rasul ketika kau berkata, “Jangan kau seksa penduduk Thaif kerana aku mengharap daripada sulbi mereka akan lahir keturunan beriman…”
Bagaimana hatimu wahai Nabi ketika kau berkata, “Hari ini aku maafkan kamu semua wahai penduduk Mekah. Kamu semua adalah saudaraku…”
Bagaimana hatimu wahai kekasih Allah ketika kau berkata, “Umatku, umatku, umatku…” ketika ajalmu semakin menghampir. Sedangkan Siti Aisyah kesayanganmu dan keluargamu di sisimu tetapi kau tetap mengingati kami…
Bagaimana hatimu Ya Rasulullah…tidak terjangkau oleh hati kami yang berdosa ini. Tidak mungkin, tidak mungkin ada lagi hati sesuci itu. Hati ini hanya mampu merintih : Berikanlah aku Ya Allah, hati yang mampu berharap untuk dapat mencintai…hati yang suci itu!…
Rujukan :
1. “Aku mencintai-Mu, ALLAH” karangan Syeikh Hasan Yusuf
2. ANIS Bil 139 Mac 2009