Friday, May 22, 2009

Petua Murah Rezeki

Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:
  • Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  • Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  • Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.


Apa yang diajar untuk diamalkan selama 40 hari, saya mengamalkan sehingga hari ini. Alhamdulillah ianya sudah menjadi sebati dengan kehidupan saya. Seperti mana ALLAH memberikan rezeki untuk saya, insyaALLAH anda juga akan memperolehi faedah yang sama seperti saya. ALLAH itu maha kaya.

Read more...

Saturday, January 17, 2009

Ape Lagi Rahsie Lelaki Ni..

1. Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap:"mm... dah nak putus nak wat camne..."

Alasan: Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan. Menurut seorang pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari. Sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi

Contoh kes: Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

Alasan: Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang (angle), kecepatan dan jarak. Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA), yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan. Dan kalau hasil mereka sedikit, mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

Contoh kes: Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete. Tapi kenapa mereka membebel kalau tgk org pompuan Shopping?

Alasan: Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka. Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4. Lelaki jarang Muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes: Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Contoh kes: Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memotong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."

Alasan: Sebenanye lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengagungkan IBU mereka.

Contoh kes: Lelaki jarang mengkritik ibu mereka, apa lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat? Mak i pejam mata pun boleh buat tau."

Alasan: Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa tentang ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!

Contoh kes: Bosan! sekejap kejap dia ajak g petaling street, kemudian kedai komik then sana,sini... semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pendek (mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Contoh kes: Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt. Tapi kalau gf nya yg pakai, komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!" Bengang kan...?

Alasan: Bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya. Mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...

Read more...

Untuk Kamu Wahai Lelaki..

Lelaki

Jika seorang wanita itu menangis dihadapanmu...
Itu bererti dia tak dapat menahan air matanya lagi
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Dan jika kamu membiarkannya pergi
Pastinya dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya....

Lelaki

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi
Kerana dia menjadi lemah
Kerana dia sangat menyayangi diri mu
Rasa ego sanggup dia jauhkan

Lelaki

Jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,...
Peganglah tangannya dengan pengertian
Usaplah kepalanya dengan penuh rasa sayang
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu

Lelaki

Jika seorang wanita menangis keranamu,
Tolong jangan mensia-siakan dirinya...
Mungkin kerana keputusanmu itu,
Bisa kau rosakkan kehidupannya

Lelaki

Saat dia menangis didepanmu
Saat dia menangis keranamu
Lihatlah matanya...
Selamilah jiwanya
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?..
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan telus..
Dengan penuh rasa kasih dan sayang didepanmu dan karenamu...

Lelaki

Wanita menangis bukan karena dia lemah
Menangis juga bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan
Kerana menangis dengan diam dan di dalam tawa tidaklah memungkinkan lagi.. Fikirkanlah

Lelaki

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu
Dan menangisi semuanya karena dirimu
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya
Hanya kau yang tahu jawapannya...
Pertimbangkanlah
Kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal
Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan MAAF

Read more...

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP