Untuk Kamu Wahai Lelaki..
Lelaki
Jika seorang wanita itu menangis dihadapanmu... 
Itu bererti dia tak dapat menahan air matanya lagi 
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis 
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... 
Dan jika kamu membiarkannya pergi 
Pastinya dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. Selamanya....
Lelaki
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah 
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi 
Kerana dia menjadi lemah 
Kerana dia sangat menyayangi diri mu 
Rasa ego sanggup dia jauhkan
Lelaki
Jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,... 
Peganglah tangannya dengan pengertian 
Usaplah kepalanya dengan penuh rasa sayang 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
Lelaki
Jika seorang wanita menangis keranamu, 
Tolong jangan mensia-siakan dirinya... 
Mungkin kerana keputusanmu itu, 
Bisa kau rosakkan kehidupannya
Lelaki
Saat dia menangis didepanmu 
Saat dia menangis keranamu 
Lihatlah matanya... 
Selamilah jiwanya 
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?.. 
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan telus.. 
Dengan penuh rasa kasih dan sayang didepanmu dan karenamu...
Lelaki
Wanita menangis bukan karena dia lemah 
Menangis juga bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan 
Kerana menangis dengan diam dan di dalam tawa tidaklah memungkinkan lagi.. Fikirkanlah
Lelaki
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu 
Dan menangisi semuanya karena dirimu 
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya 
Hanya kau yang tahu jawapannya... 
Pertimbangkanlah 
Kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal 
Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan MAAF
 
 








