Armageddon
Di seluruh dunia, terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti. Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.
Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon. Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.
Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini. Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini. Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.
Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu' (Revelation) 16:16, "Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon
Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor
Perang Armageddon ialah:
Perang besar dan perang penghancuran
Perang universal yang berstrategi
Perang yang dirancang dan dinantikan
Perang yang amat dekat kemunculannya
Perang antarabangsa
Perang yang amat dasyat dalam sejarah-Ia adalah awal dari kemusnahan-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.
Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:
'Ar' yang bererti gunung atau bukit
'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.
Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini. Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka. Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa. Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.
Bagaimana pula di pihak umat Islam? Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon, terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.
Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan. Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.
Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah SAW, "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.”(HR. Muslim dari Abu Hurairah)
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini. Buat permulaan di samping Al-Quran yang mulia dan Hadis Nabi, pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama. Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya. Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.
Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak, babi, zina, rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia. Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas! Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?
Mengapa mereka bertindak sebaliknya? Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya). Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya. Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa. Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.
Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan. Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang. Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.
Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu. Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan, kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut, diambil selepas makan.
Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.
Petikan dari hasil kajian mereka: "Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.
Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi, sekiranya terdapat kanji, kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai. Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul. ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power
Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden, bergaya, status, 'high class' dan 'cool'.
Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.
PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi. Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa. Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir. Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini. Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.
MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas, gila, syaitan, gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.
Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.
Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya. Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula. Amat malang golongan ini. Sama ada mereka menjadi hamba Dajal, di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan. Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah, keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.
Wallahualam....