Thursday, October 29, 2009

Disebalik H1N1

Kami menerima banyak emel berkaitan H1N1 yang meminta isu ini dikupaskan. Di sini kami tidak perlu kenalkan lagi apa itu H1N1 kerana kini satu dunia telah tahu apa itu H1N1 melalui media massa, kali ini, kami akan mengupas konspirasi berkaitan H1N1.

H-1-N-1 jika dihuraikan dalam bentuk kod kiraan falak adalah seperti berikut:

H: http://www.resurrectisis.org/H1WebPage.htm

N: http://www.resurrectisis.org/N1WebPage.htm

1: http://www.resurrectisis.org/Number1.htm

5: http://www.resurrectisis.org/Number5.htm

Berikut adalah hipotesis popular berkaitan H1N1:

Teori 1: H1N1 telah dicipta untuk tujuan melariskan jualan-jualan sabun di dunia. Sama seperti kes SARS jika anda masih ingat? Mewujudkan satu situasi huru-hara di kalangan orang ramai, dan apabila mereka takut akan terkena wabak ini akan membeli sabun yang dipercayai dapat mencegah H1N1. Di mana cara mencegah H1N1 sebenarnya ialah membasuh tangan anda sehingga bersih.

Teori 2: H1N1 ialah sejenis senjata kimia yang diciptakan oleh saintis jepun yang virus jenis ini dipanggil zombie. Sejenis virus yang dapat merosakkan sistem pertahanan tubuh manusia. Tetapi senjata ini telah disimpan rapi di Mexico sehingga tahun 2007 ia dikeluarkan semula, dengan sebab itu Mexico mempunyai kes H1N1 yang banyak dan merebak dengan cepat.

Teori 3: 4 hari sebelum terjumpanya kes selesema babi di Mexico, Pengarah Makmal Universiti Rockefeller iaitu Dr. Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000. Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular. Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.

Walau apapun konspirasi berkaitan H1N1, ianya adalah merbahaya. Jadi pastikan anda mengambil berat akan isu ini serta mengambil langkah berjaga-jaga.


Untuk keterangan lanjut sila download slide berikut: http://www.4shared.com/file/115497548/3a260c69/Influenza-A-H1N1-Slides-from-Dr-Chong_K-N-Chin.html

Post a Comment

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP