Tips Untuk Pengantin Baru dan Bakal Ibu Bapa.
Ini adalah sebahagian daripada wasiat Rasulullah SAW; Adab Uz-Zifah.
Rasulullah SAW telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib ra di mana Baginda telah bersabda, “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua2 kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah SWT menurunkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu, susu, cuka, ketumbar dan juga epal masam.”
Saidina Ali ra bertanya, “Wahai Rasullulah, mengapakah 4 jenis makanan ini dilarang? Baginda menjawab, “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari 4 perkara ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.” Saidina Ali ra bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang (semasa haid & semasa minggu pertama perkahwinan)?” Lalu Baginda menjawab, “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesunggunya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.”
Mengenai ketumbar, ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepdanya kelahiran. Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja dgn sebabnya.
Sabda Rasulullah lagi, “Wahai ALi! Janganlah engkau berjimak dengan isterimu pada :-

- Hari pertama (Awal) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (2 hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.
- Selepas Zohor, sesungguhnya jika ALlah swt mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jimak pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sgt suka kepada manusia yang bermata juling.
- Janganlah bercakap2 semasa jimak, sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jimak yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.
- Janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjimak, (jika tidak) sesunggunya mewarisi buta, iaitu anaknya.
- Janganlah berjimak dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.
- JIka kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.
- Janganlah berjimak dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala. Janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat ke atas syahwat (salah seorang akan kuat dari syahwatnya daripada yang satu lagi), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Aidil Fitri, maka sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjimak pada malam tersebut, apabila Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsuang) dan terkena cahayanya, kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang algojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis.
- Janganlah kamu berdua berjimak dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjimak pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak kepada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpah darah.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada pertengahan Nisfu (Syaaban), maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah SWT mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal 2 hari) maka sesungguhny ayang demikian itu jika Alalh SWT mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak tersebut akan menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.
- Janganlah kamu berjimak dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika ALlah SWT mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti, anak itu menjadi seorang yang munafiq, pelampau yang melewati batas.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau ALlah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta yang tidak haq.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh 3 hari 3 malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.
- Janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, songlap dan mengkehendaki dunia daripada akhirat.
Anjuran Berjimak
- Jika kamu berjimak dengan isterimu, bacalah, “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani”, maka yang demikian itu ALlah SWT mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oelh syaitan terhadapnya selama-lamanya.
- Hendaklah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Isnin, maka sesungguhnya jika Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh pada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah SWT (baik dan buruk Qadha & Qadar Allah).
- Jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam selasa, Allah SWT akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah dan Allah SWT tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama2 orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
- Jika kamu berjimak dengan isterimu malam khamis, maka Allah SWT akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim di kalangan orang-orang yang alim.
- Jika kamu berjimak dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah SWT mengurniakan kepada kamu berdua anak yang tidak dihampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah SWT rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
- Jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
- Jika kamu berjimak dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah SWT akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
- Jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, mak sesungguhnya diharapkan anakmu nanti menjadi seorang yang badal (terkemuka).
Dan selepas itu, Rasullulah SAW bersabda, “Wahai ALi, peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari JIbrail as.”