Saturday, June 6, 2009

Surah ad-dhuha kandungan pelbagai fadilat

Ad-dhuha adalah surah ke-39 dalam al-Quran. Ia mengandungi 11 ayat yang mempunyai fadilat jika dijadikan bacaan amalan setiap hari. Barang siapa yang membacanya setiap kali waktu terbit dan terbenam mata hari sebanyak tujuh kali, insya-Allah diselamatkan daripada kehilangan, kecurian atau lari hamba sahaya atau anak.

Jika kita gelisah akibat kecurian dan kehilangan atau anak serta isteri melarikan diri, bacalah surah ini. Selain wirid, kita boleh melakukan solat sunat dhuha enam rakaat dengan tiga salam setiap Jumaat hingga kembali barangan yang hilang itu. Selepas habis menunaikan solat enam rakaat, bacalah doa yang bermaksud:

“Ya Allah, ya Tuhan yang Maha Kaya, ya Tuhan yang Maha Mengembalikan tiap-tiap yang hilang, Ya Tuhan yang Menghimpun yang bercerai-berai, Ya Allah ya Tuhan yang ditangan-Nya segala sesuatu perkara, (Mohonlah aku ya Allah) kembalikanlah kepadaku barang kehilanganku, sesungguhnya tiada yang dapat menghimpun sesuatu, melainkan Engkau.”

Insya-Allah, barang yang hilang akan segera dikembalikan oleh sesiapa yang mengambilnya.

Sesiapa yang membaca surah ini setiap hari dalam tempoh 40 hari sebanyak 40 kali dan selepas selesai, dibaca pula dengan doa, insya-Allah akan menjadikannya bebas daripada kefakiran.

Doa itu bermaksud: “Ya Allah, ya Tuhan Yang Maha Kaya katakanlah aku, hingga aku tidak khuatir takut sesudahnya menjadi fakir dan tunjukkanlah aku kerana aku sesat dan kurniakan aku ilmu kerana aku jahil.”

Post a Comment

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP