Thursday, July 23, 2009

Wasiat Rasul – Syariat Azan

Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :“Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur akubermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanyaapakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya,” Untuk apa ? Aku menjawabnya, “Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat.

“Orang itu berkata lagi, “Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?” Dan aku menjawab ” Ya !”Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang, “Allahu Akbar, Allahu Akbar..” Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: “Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang.”

Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal.” Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Bilal r. a. telah menambah pada azan subuh dengan lafaz “As solatu khairuminan naum.” ( Sembahyang itu lebih baik daripada tidur). Dan ia dipersetujui oleh Rasulullah saw.

Apabila tiba bulan Ramadhan , Rasulullah saw. telah menyuruh azan dua kali pada waktu subuh. Azan yang pertama bagi mengingatkan orang Islam supaya bersahur.Ada pun azan pada sembahyang jumaat sekali sahaja , sehingga zaman Khalifah Saidina Osman r. a. Apabila manusia bertambah ramai dan ada yang masih leka selepas azan zuhur maka Saidina Osman r. a. memerintahkan diazankan sekali lagi apabila imam menaiki mimbar.

Post a Comment

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP