Thursday, November 5, 2009

Matrix02:Terminologi Dalam Masalah Matrix





Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh, kitab Sirus Salikin dan kitab Hikam.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.


"You take the red pill, you stay in Wonderland, and I show you how deep the rabbit hole goes"
(Morpheus -The Matrix)



Dalam membahaskan masalah di dalam Matrix,perlulah diketahui dahulu istilah-istilah yang terlibat dalam perbahasan Matrix ini.Kelak apabila kita 'mengembara' ke dalam dunia Matrix ini lebih jauh,kita tidaklah tertanya-tanya istilah atau pengertian yang pelik-pelik yang memungkinkan kita sesat atau ditangkap oleh 'ejen-ejen' (rujuk ejen Smith) yang memang mencari mangsa untuk dikelirukan secukupnya.



"Pengajian The Matrix"

The Matrix adalah sekadar model untuk menerangkan masalah kerohanian dan pengetahuan Kuantum peringkat tinggi,dimana sebelum ditemui model 'The Matrix',para guru kerohanian,nabi-nabi,ahli sufi,orang-orang suci,para rishi,arahat,sami dan pendeta telah cuba mengungkapkan rahsia kehidupan melalui pelbagai model untuk memudahkan orang awam memahaminya sebagai contoh,'sarung','moksha','nirvana','reinkarnasi','karma','samsara,'pakaian','perut burung','karung' dan sebagainya untuk mewakili bahagian-bahagian dalam masalah alam fizikal dan alam ghaib.Semakin tinggi pengetahuan manusia mengenai alam benda di sekelilingnya maka makin berubah dan makin mudah manusia MENGAITKAN masalah kerohanian dengan benda atau pun peralatan yang mereka biasa atau gunakan sehari-hari.

Model The Matrix mengambil perkakasan komputer sebagai asas pemahaman.Di dalam pengajian The Matrix,anda akan bertemu dengan istilah-istilah seperti kerangka utama (mainframe),port,plug in/plug out,hack,virus,trojan,reformat,virtual reality,program dan lain-lain.



"The Matrix"

Matrix sebenarnya suatu istilah umum,yang merujuk kepada dua kategori

*ruang fizikal di luar minda
*ruang esoterik di dalam minda

Ruang fizikal di luar minda ialah ruang-masa yang kita berhidup sekarang.Ruang yang kita TAHU melalui deria kita;kita dapat lihat ia,rasakan,hidu dan dengar.Ia adalah dunia fizikal yang kita SEDAR sekarang ini.Perlu diketahui,di dalam teks-teks kerohanian tidak kira dari sumber Islam atau non-Islam,ada dicatatkan kewujudan pelbagai alam dalam pelbagai istilah seperti 'kayangan','tusita','jabarut' dan sebagainya.Di dalam kajian Fizik Kuantum dan Fizik Teori,alam yang kita berhidup sekarang adalah berbentuk 3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa (3D-panjang,lebar,dalam).Jadi sudah tentu terdapat ruang dua dimensi (panjang,lebar) dan 1 dimensi (satu garisan).Dalam pada itu terdapat juga ruang yang lebih tinggi dari ruang 3 dimensi;4 dimensi,5 dimensi dan seterusnya di mana kajian Fizik Kuantum yang bergabung dengan Teori Kuantum-Graviti telah menjumpai keseluruhan jumlah dimensi adalah berjumlah 11 dimensi ruangmasa setakat ini (seterusnya akan dibincangkan di bawah silibus "Matrix Lebih Tinggi" serta "Hubungan Matrix dan Dimensi")

Ringkasnya,dalam kata lain yang lebih sederhana,Matrix bermaksud 'alam-alam'

Ruang esoterik di dalam minda merujuk kepada pengetahuan yang lebih tinggi dan abstrak.Subjek ini akan membincangkan perkaitan antara dunia fizikal dan rahsia minda.Masalah 'Ruang di dalam minda' adakalanya berselisih (distort) dengan masalah 'Ruang di luar minda' tetapi jika diperhalusi,keduanya saling melengkapi dan menjelaskan kewujudan mereka masing-masing.Telah diketahui turun-temurun bahawa minda adalah entiti yang paling misteri di mana guru-guru kerohanian timur ada menerangkan mengenai 'minda' dan 'tubuh' yang terperincinya terdapat dalam '3 Jenis Diri':

-Diri Terdiri
-Diri Terperi
-Diri Sebenar Diri

Ini adalah salah satu definisi popular di mana konsep ini telah dikenali dengan pelbagai istilah mengikut aliran kerohanian tertentu.Kaitan 'minda' dan 'tubuh' adalah misteri yang amat digemari dan dibahaskan selama beribu-ribu tahun oleh pelbagai agama-agama besar,pendiri-pendiri aliran kerohanian,para pengkaji dan pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.Di hujung pengembaraan nanti akhirnya dapat ditemui rahsia paling penting;bahawa sebenarnya segala sesuatu itu BUKANLAH DI LUAR MINDA TETAPI DI DALAM MINDA.


"The One"

Istilah ini merujuk kepada orang-orang pilihan Tuhan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan ini.Orang-orang ini kerap disebut sebagai nabi,orang suci,peramal,pendeta agung,maitreya,avatar dan sebagainya biasanya merupakan orang yang disegani dari segi akhlak dan sikap yang terpuji.'The One' bukanlah orang yang mewar-warkan dirinya sebagai nabi atau utusan Tuhan melainkan setelah diarahkan begitu.Mereka sendiri tidak tahu pada awalnya bahawa diri mereka terpilih sehinggalah diberitahu secara wahyu,ilham atau cara-cara tertentu.'The One' tidak suka orang disekelilingnya terlalu menyanjung dirinya.Mereka ini biasanya berperawakan tampan,bertubuh tegap dengan ketinggian yang optimum,berwajah manis dan menawan,tutur kata yang elok dan ada aura dan karisma diri.Ini penting untuk memudahkan para pengikut mereka mengikuti ajaran-ajaran mereka dengan rela dan konsisten.


"Plug in/Plug out"

'Plug in' bermaksud dilahirkan di dalam 'Matrix' terutamanya Matrix yang manusia berhidup,mencari pilihan dan membuat pilihan.'Plug in' juga bermaksud masuk ke dalam kesedaran yang lebih tinggi.Proses teknikal dalam penukaran antara Matrix juga disebut 'plug in'.

'Plug out' pula bermaksud dimatikan dalam Matrix yang sedang dialami.Ia juga bermaksud dikeluarkan dari Matrix.'Plug out' adalah simbol kepada 'kematian','pengakhiran' atau 'selesai'.Proses teknikal dalam penukaran antara Matrix juga disebut 'plug out'.


'The Source'

The Source adalah sumber segala sesuatu.Dalam terminologi Matrix,The Source adalah sumber untuk membina kod-kod program di mana dalam hal ini ia digelar 'source code'.Dalam tafsiran kerohanian tradisional,ia adalah mewakili sumber segala kejadian dan penciptaan makhluk.Ia juga digelar 'supermind','overmind' dan 'The Mind'.Setiap minda manusia berhubung dengan 'Mind' ini.'The Source' seringkali bertembung dengan satu lagi entiti iaitu 'The Architect'.Sesetengah kerohanian terutamanya dari Barat memisahkan 'The Architect' dengan 'The Source'.Tetapi dalam disiplin kerohanian Sufism (tasawuf),'The Source' itu adalah 'The Architect'.


'The Architect'

The Architect adalah entiti yang membina Matrix;segala Matrix yang ada.Dialah yang menyusun program dan mengatur segala kod,trafik,protokol,port,format,codec,komunikasi dan lain-lain di dalam Matrix.Dialah yang menghidupkan program,mematikan program (shut down),memasukkan program serta mengeluarkan program.Dia juga yang menentukan jumlah program yang berjalan,protokol yang digunakan dan masa yang dihabiskan ('The Architect' tidak tertakluk pada 'masa' kerana 'masa' juga adalah sebuah program).'The Architect' juga bersikap seperti pengaturcara (programmer).Dalam tafsiran kerohanian dan mungkin saja istilah yang biasa difahami manusia umum,'The Architect' ini adalah apa yang digelar Maha Pencipta;Tuhan,'God','Lord' dan sebagainya.


'Programmer'

Pengaturcara.Iaitu entiti yang tugasnya menyusun program yang berjalan di dalam Matrix.Setiap program ada pengaturcara yang menjaganya.'Programmer' tidak dapat melaksanakan program tanpa 'The Source'.Dari sinilah dia mendapat sumber kod untuk menjalankan tugasnya.'Programmer' yang sebenar adalah 'The Architect' kerana dialah yang sebenarnya mempunyai katakunci (password) untuk semua 'source code' dan tidak ada seorang pun 'programmer' yang dapat mengakses 'mainframe' (kerangka utama) kepada 'source code' ini tanpa keizinannya.Tetapi 'The Architech' telah membina 'programmer-programmer' yang lain,sebagai menunjukkan kebijaksanaannya dan kehebatannya mencipta (bukan untuk membantunya atau menunjukkan kelemahannya).Setiap parameter program dikawal oleh 'programmer' ini.Sebagai contoh,dalam dunia realiti manusia,setiap perjalanan material fizik mempunyai ukuran-ukuran tertentu untuk mampu berjalan lancar.Manusia dan benda-benda mampu bergerak stabil di atas bumi kerana dibekalkan dengan daya graviti yang mempunyai ukuran tertentu.Begitu juga jumlah titisan hujan yang turun,burung-burung yang terbang,pohon-pohon yang bergoyang dan kadar desibel guruh di langit juga kadar haba yang dipancarkan matahari,mempunyai parameter-parameter yang diselia oleh para 'programmer' ini.SETIAP SATU MEMPUNYAI UKURAN TERTENTU MENUNJUKKAN IA ADALAH DICIPTA,BUKAN TERJADI DENGAN SENDIRINYA.Dalam tafsiran yang sederhana dari disiplin kerohanian,para 'programmer' ini adalah para malaikat yang menjalankan pelbagai tugas di semua Matrix yang dibenarkan khasnya Matrix yang manusia berhidup sekarang.Setiap titisan hujan ada malaikat yang menjaganya.Begitu juga elektron-elektron yang berputar-berputar di orbitnya,setiap satu ada malaikat yang mengawalnya.Maha Suci Tuhan.




'Program'

Iaitu rancangan-rancangan,fasiliti,tema,peristiwa,subjek/objek dan sebagainya yang berjalan di dalam Matrix.Program adalah struktur kepada Matrix.Tanpa program,Matrix adalah satu ruang kosong yang menjemukan.Tiada apa-apa.Nothing.Program terdiri dari beratus-ratus,beribu hingga infiniti kod-kod yang diambil dari 'The Source' di 'mainframe'.Kod-kod ini disusun menjadi parameter-parameter,peraturan perisian,masa dan struktur lain sehingga menjelma menjadi program.Setiap entiti yang wujud termasuk para 'programmer' itu sendiri adalah 'program'.Segalanya 'program' sehingga Matrix pun merupakan 'program' yang dicipta.Hanya 'The Architect' sahaja bukan 'program'.Dia adalah entiti yang memegang peranan 'The Architect','The Source' dan 'Programmer' sekaligus.Dalam tafsiran kerohanian tradisional,'program' ini merujuk kepada makhluk,iaitu YANG DICIPTAKAN.Makhluk bukan sahaja bermakna yang bernyawa sahaja,tetapi juga yang tidak bernyawa. Kucing, sudu, pinggan, nasi goreng, tahi cicak, kambing, bantal busuk, komputer, matahari, Nebula Ketam, galaksi, elektron, proton, quark, bozon dan sebagainya adalah 'program', iaitu makhluk yang diciptakan. Makhluk diciptakan oleh Khaliq iaitu PENCIPTA.'Program' berasal dari kod-kod yang disusun,di mana kod-kod itu pula diambil dari 'The Source' yang bertempat di 'mainframe'.





'Mainframe'

Kerangka utama.Iaitu tempat dimana kod-kod disimpan dan dikawal rapi.'Mainframe' bertempat di luar kod biasa Matrix dan mempunyai katakunci (password) yang teramat rahsia untuk memasukinya.'Mainframe' menyimpan segala kod di dalam 'memori' nya yang khas.Tidak diketahui secara jelas adakah terdapat 'programmer' yang dapat mengaksesnya (apa pun dengan kebenaran 'The Architect') tetapi terdapat 'The One' yang dapat mencapai akses ke 'mainframe'.Di dalam tafsiran kerohanian (sufism) 'mainframe' mewakili Lauh Mahfuz yang menyimpan 'Kitab Yang Terpelihara' iaitu berisi pengetahuan yang lepas,kini dan akan datang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini dahulu MistisFiles memberikan definisi istilah-istilah yang dipakai dalam model kerohanian The Matrix.Istilah-istilah di atas adalah istilah dalam kategori asas yang perlu di beri penjelasan dahulu.Terdapat berpuluh-puluh lagi istilah tetapi lebih mudah kalau diterangkan istilah itu bersama-sama artikel kerana istilah-istilah ini lebih bersifat rumit dan mungkin akan menimbulkan anggapan negatif dari pembaca.

Anda sudah faham sekarang?

Ok,sebelum memasuki 'Matrix',kami ingin memberitahu anda beberapa perkara.

Kita semua adalah pengemis kebenaran.Kita semua dilahirkan di dalam penjara. PENJARA MINDA yang TIDAK berbau atau dapat dirasa,didengar dan dilihat.Ia adalah penjara yang sunyi sepi,gelap dan kosong.Malangnya,tidak seorang pun yang dapat memberitahu anda setepatnya apakah Matrix itu.Anda KENA CARI DAN KAJI SENDIRI.Ini adalah peluang anda yang terakhir,selepas ini tiada ruang untuk KEMBALI.Di sini ada dua biji pil;merah dan biru.

Anda ambil pil biru,semua cerita akan berakhir di sini;anda akan bangun dari tidur dan anda percaya apa yang anda ingin percaya.

Anda ambil pil merah,anda akan tetap di dunia yang benar-benar menakjubkan...kami jamin, dan kami akan bawa anda sedalam mana 'lubang sang arnab' itu pergi.

INGAT!Apa yang kami tawarkan di sini adalah bertujuan untuk mencari kebenaran semata-mata,tiada niat yang lain.




OK, SUDAH BERSEDIA?



IKUT KAMI

Read more...

Matrix05


Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

Kepada pembaca siri Matrix yang baru,sila semak siri-siri Matrix sebelumnya untuk pemahaman yang lebih jelas. Ini adalah Matrix05 di bawah tajuk "Matrix Lebih Tinggi"

Matrix01
Matrix02
Matrix03
Matrix04

atau The Matrix AtasBawah



"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"

(Stephen R. Covey)




Di dalam dunia yang kita berhidup sekarang,sebenarnya...adalah salah satu dari berinfiniti alam yang tercipta sebagai makhluk Tuhan.Alam ini,di mana manusia dapat merasainya dengan semua derianya adalah dinamakan Alam Nasut dalam istilah Tasawuf,di mana alam ini juga tidak diketahui anggaran dan ukurannya keluasannya.Dari sebesar-besar semesta yang gelap gelita dengan segala galaksi dan dimensinya,hingga sekecil-kecil jasad;elektron,proton,bozon,quark hingga ke zarah-zarah mikron yang kini sedang dipecahkan di makmal CERN,sesungguhnya akal manusia yang dikatakan lebih hebat dari superkomputer ini juga tidak mampu untuk mengagak betapa luas dan hebatnya alamnya sendiri,Alam Nasut ciptaan Rabbul Izzati,apatah lagi untuk membicarakan alam Malakut.

Kita tidak tahu untuk apakah alam ini diciptakan sehebat-hebatnya.Pernahkah kita bertanya ke dalam hati kita,pada malam yang gelap ketika merenung luas langit yang ditaburi bintang-bintang,untuk apakah semua ini dicipta?Untuk apakah Alam Nasut ini dicipta hanya untuk menempatkan manusia yang lemah ini berserta haiwan-haiwan bagi kegunaan mereka?Mengapa alam yang sebegini luas dibina hanya untuk memuatkan bumi manusia yang di dalamnya para manusia sibuk berperang,bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri?ADA RAHSIA DI SINI.Jika kita memahami konsep mikro dan makro dalam diri manusia itu sendiri,kita akan dapat memahami mengapa alam sebegini luas,hanya dicipta buat manusia yang lemah dan bodoh ini.

Jika kita dapat memahami Alam Nasut ini,barulah kita dapat bercerita tentang Matrix yang lebih tinggi darinya.Barulah kita dapat memahami mengapa Tuhan menciptakan alam-alam yang lain seperti Alam Jabarut,Malakut dan Lahut.




Matrix Lebih Tinggi






"Maha suci Allah dari bertempat atau bergerak atau berpindah-randah"

(Sirus Salikin)


Di dalam perbahasan Matrix sebelum ini,kita tahu bahawa prinsip pertama untuk memahami Matrix adalah:

Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,tiada Matrix.

Entiti fizikal kita tidak akan mampu mengetahui apa yang diluar Matrix yang kita tinggal sekarang,tetapi entiti spiritual kita yang membolehkan kita tahu apa yang berlaku di luar Matrix.Akal manusia tidak akan dapat menjangkaunya walaupun 100 Albert Einstein dikumpulkan dan dikerah untuk mencipta mesin yang mampu menembusi Matrix manusia ini (Alam Nasut).Hanya rohani yang kuat dan tepat dapat mengetahui kewujudan Matrix selain Matrix manusia.INILAH PERBEZAAN ANTARA AKAL DAN ROHANI.Sejak beribu-ribu tahun dahulu,para petapa,ahli agama,orang suci,rahib,biarawan dan para sufi cuba untuk mengungkapkan Matrix diluar mereka.SEBENARNYA manusia tidak akan pernah tahu berita-berita tentang Matrix diluar mereka jika tidak diberitahu.Siapakah yang mempunyai pengetahuan peringkat tinggi ini,di mana tidak ada ilmu sains yang mampu mencapainya??Tidak lain tidak bukan adalah para Nabi-nabi dan Rasul-rasul.Mereka adalah para manusia yang terpilih,yang mendapat wahyu,iaitu berita-berita dari TUHAN,yang berada DI LUAR MATRIX,atau lebih tepat lagi YANG TIDAK BERGANTUNG dengan apa-apa MATRIX.


"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan".

(AlQuran 35:24)


Jika kita menganggap bahawa para nabi-nabi itu diturunkan kepada orang-orang Yahudi,Arab dan sejenis dengan mereka sahaja,maka pandangan ini adalah amat silap.Memang benar para Rasul (terutamanya 25 Rasul dalam AlQuran) kebanyakannya diturunkan di kawasan Timur Tengah,tetapi adakah jumlah para nabi yang menjangkau beribu-ribu itu semuanya tinggal di Tanah Arab dan Kanaan??TIDAK SAMA SEKALI.Para nabi diturunkan kepada pelbagai kaum dan bangsa,cuma adakah bangsa tersebut menerimanya atau tidak.Adakah bangsa dan kaum itu mendengar kata-kata 'orang suci' ini atau meremehkannya dan tidak mempedulikannya.Sesetengahnya pula menokoktambah cerita-cerita orang suci ini mengikut kepercayaan animisme mereka sendiri.Setengahnya pula amat mengkagumi 'cerita-ceriti' orang suci ini sehingga menjadikannya idola dan sembahan.INGAT!Tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.






Dari sini asalnya pengetahuan tentang Matrix sampai kepada semua bangsa dan kaum.Jika tidak diturunkan para nabi-nabi ini,sudah tentu manusia akan bertuhankan nafsu dan melihat Matrix ini melalui kacamata nafsu dan akal semata.Manusia tidak akan tahu untuk apa dia diciptakan,tujuan hidupnya dan ke mana dia akan pergi selepas mati.Akal sahaja tidak akan berguna jika tiada kekuatan rohani atau spiritual.Akal cuma bertindak MELALUI DERIA-DERIA sahaja.Deria-deria ini bertindak sebagai sensor untuk memberikan input-input kepada akal manusia untuk diprosesnya.Jadi akal hanya tahu APA YANG DI DALAM MATRIX sahaja.Di luar Matrix,tidak akan disentuh dan dijangkau oleh akal,kerana deria-deria tidak dapat mengesan entiti di luar Matrix.

Terdapat satu cara,di mana manusia dapat merasai ia satu keganjilan tetapi tidak dapat mengungkapkannya.Dari sini manusia tahu bahawa alam ini bukan hanya sepertinya ini.ADA RAHSIA LAIN.

Pengalaman-pengalaman manusia berhadapan dengan perkara-perkara paranormal,'anomalies' dan mistik,menjelaskan kepada manusia bahawa terdapat entiti lain yang sukar untuk dijelaskan,sama-sama berhidup di dalam Matrix ini.Entiti ini,majoritinya menimbulkan ketakutan kepada manusia kerana kewujudannya menyalahi hukum akal manusia.APA JUA PERKARA YANG MENYALAHI HUKUM AKAL,AKAL AKAN MELIHAT IA SESUATU YANG LUARBIASA.Ini dinamakan 'bug' dalam terminologi Matrix.

'Bug' yang terlalu banyak akan mengakibatkan 'overflow' dan lama-kelamaan sistem pemikiran manusia akan 'hang'.




Perkara-perkara ghaib,mistik dan seumpamanya akan dianggap oleh akal bahawa luarbiasa dan ia tidak mampu menjelaskannya,atau dengan lebih saintifik,akal manusia tidak dapat memproses data-data dari kategori 'mistik' dan 'ghaib' ini.Apabila akalnya tidak dapat menjelaskan paranormal ini,manusia akan mengeluarkan satu aura hormon yang dinamakan 'KETAKUTAN'.Terma yang lebih tepat dalam bahasa Melayu adalah 'seram'.Perasaan takut akan mengeluarkan aura tertentu yang tidak dirasai oleh deria manusia tetapi dapat dihidu dan dirasai oleh 'entiti' lain.Contoh yang paling popular adalah anjing.Kajian saintifik mendapati anjing dapat mengesan sejenis 'bau' yang dikeluarkan oleh manusia yang di dalam ketakutan.DARI SINI MANUSIA MENYEDARI TERDAPAT ENTITI LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MEREKA di dalam Matrix,tetapi tidak dapat dirasai oleh dera-deria mereka secara langsung.Syaitan,jin,hantu,devil,demon,asura,goblin dan bermacam-macam lagi nama yang diberikan kepada entiti ini.TERDAPAT RAHSIA DI SINI.

Adakah entiti-entiti ini tinggal di dalam Matrix lebih tinggi?Jika begitu,adakah kita dapat berhubung dengan Matrix lebih tinggi hanya dengan berhubung dengan entiti ini??DI SINI MANUSIA SELALU TERPERANGKAP!!



Parallel Universe





You've never used them before. Rest, Neo. The answers are coming.

(Morpheus -The Matrix)


Di dalam dunia Fizik,terdapat satu teori yang dapat menjelaskan keberadaan segala entiti yang dipanggil jin dan syaitan ini.Teori ini dikenali sebagai Parallel Universe,kesinambungan dari Superstring Theory.Mengikut teori ini,dunia yang kita duduki ini sebenarnya berada di dalam dimensi lebih besar.Istilahnya,dunia kita 'terbungkus' di dalam dimensi Matrix yang lain,yang lebih besar.Katakan kita berhidup di dalam 3 dimensi ruang.Dunia 3 dimensi ini pula terbungkus di dalam 4 dimensi ruang.Namun di dalam 4 dimensi ruang ini terdapat banyak lagi 3 dimensi ruang.Dan sudah tentu di dalam 5 dimensi ruang,terdapat banyak lagi 4 dimensi ruang di dalamnya.Jadi berbalik kepada dunia 4 dimensi ruang,terdapat banyak dunia 3 dimensi ruang di dalamnya.Walaubagaimanapun semua dunia 3 dimensi ruang ini tidak berhubung di antara satu sama lain.Dengan kata lain,entiti di dalam satu dunia 3 dimensi tidak dapat berhubung dengan entiti di dunia 3 dimensi yang lain secara langsung.Ini adalah maksud yang sederhana,sebagai permulaan.Selepas ini kita akan lanjutkan dengan perbahasan yang lebih kompleks tentang dunia MATRIX LEBIH TINGGI ini.

Inilah asas kepada apa yang dikatakan Dunia Yang Selari.Dengan kata lain terdapat dunia lain yang sama dimensi dengan kita tetapi deria kita tidak dapat menyentuhnya.Mengapa?Kerana terdapat satu konsep lain yang akan menerangkan mengapa dunia-dunia ini berkongsi hidup dan tempat tinggal dengan kita,tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat melihat mereka,menyentuh mereka atau mendengar mereka bercakap-cakap.Di dalam Parallel Universe,terdapat banyak dunia yang berkongsi dalam satu tingkat Matrix.Dunia-dunia ini berhidup dalam peraturan mereka yang tersendiri.Tidak diketahui berapakah jumlahnya dan apakah yang ada di dalamnya,tetapi setiap subMatrix ini sudah pasti memiliki format dan setup yang berbeza dari Matrix manusia,atau lebih tepat lagi Matrix di mana manusia dapat mengesan melalui derianya. SESUNGGUHNYA MANUSIA HIDUP DI DALAM MATRIX DERIANYA SAHAJA.Jika manusia melihat sehelai daun berwarna hijau,adakah entiti lain dari parallel world yang lain melihat daun itu dengan warna dan bentuk yang sama dengan manusia?ADAKAH DUNIA INI BENAR-BENAR SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH DERIA-DERIA KITA??Sebenarnya kita terkurung di dalam dunia deria kita sahaja.Orang yang terkurung di dalam dunia derianya,tidak akan dapat keluar dari Matrixnya.Dia akan tetap terkurung di dalam Matrix sehingga dikeluarkan secara 'paksa' di dalam Matrix ini setelah sampai masanya.

Apa akan jadi jika semua deria kita dicabut??Atau deria ini diganti dengan deria entiti yang tinggal di 4 dimensi ruang??Apakah yang akan kita lihat,dengar,hidu dan rasa ketika itu agaknya??INILAH HAKIKAT HIDUP DI DUNIA YANG FANA INI.Segalanya permainan dan senda gurau semata.Tidak ada yang kekal,hanya Wajah-Nya yang kekal abadi.

Jadi adakah para Jin atau 'hantu' ini hidup dalam Matrix lebih tinggi??TIDAK SAMA SEKALI.Mereka hidup di dalam Matrix yang sama dengan kita,tetapi berselari di dalam dimensi Matrix ini.Inilah dia Parallel Universe.

Bagaimana entiti-entiti dalam dunia yang berselari ini dapat berhubung?

Untuk menjawab soalan ini,kita mesti tahu dulu prinsip asas Fizik Kuantum tentang entiti-entiti yang berlainan dimensi.Kita mesti mengetahui dahulu apakah yang dinamakan sebagai 'dimensi' dan 'ruang'.Kita perlu tahu apakah perbezaan antara 'Matrix' dan 'Dimensi'.Ini kerana soalan ini hanya boleh dijawab menerusi Kuantum Graviti,M-Theory dan Superstring Theory.

Buat permulaan kita belajar dahulu konsep asas dimensi.



Fizik asas 'Dimensi'





"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka"

(AlHaaqqah ayat 17)


Dimensi secara sederhana adalah bermaksud ukuran.Kita menafsirkan dunia ini berdasarkan ukuran-ukuran.Dunia ini lebih bermakna jika kita tahu bahawa bola pingpong lebih kecil dari bolasepak.Lebih bermakna jika kita tahu bahawa KLCC lebih tinggi dari Komtar.Lebih bermakna jika kita dapat mengkagumi kejelitaan Rozita Che Wan atau Cameron Diaz (namun ini agak abstrak).Berapa besar?Berapa tinggi?Berapa luas?Berapa panjang?Ini adalah asas kepada aplikasi Matematik.Kita gunakan Matematik untuk menerangkan dunia ini.Kita menjelaskan sebahagian dunia ini dengan angka-angka.


"dan yang genap dan yang ganjil"

(AlFajr ayat 3)


Jadi dimensi berkaitan dengan ukuran.Berapakah dimensi tapak rumah anda?Soalan ini bercakap tentang UKURAN.Ukuran adalah satu kuasa yang ada pada manusia untuk mengetahui perkara-perkara yang lain.Berapa besar dunia ini?Berapa kecil setiap hati nyamuk yang dikumpulkan dalam kisah Puteri Gunung Ledang?Berapakah Phase Margin,Gain Margin dan Frequency Response yang optimum untuk para jurutera jambatan Golden Gate di San Francisco merangka jambatan tersebut?Berapa lebar tapak kaki Sang Gedembai?Berapa lebar 'misalignment' yang dibenarkan dalam rekabentuk sebuah kapalangkasa 'Shuttle'?

Panjang,tinggi,lebar,luas dan sebagainya adalah komponen dimensi.Semua konotasi ini membentuk ukuran ruang kita.DAN MENJELASKAN GAMBARAN SEBENAR RUANG YANG KITA TINGGAL DI DALAMNYA.Bagaimana sebenarnya rupa ruang yang kita tinggal ini?Kita mulakan dengan tingkatan dimensi.

1 Dimensi:Hanyalah satu garisan panjang.Garisan ini tidak tertutup,maknanya jika ada dua garisan selari,ia tidak bercantum dikedua-dua hujung.Pada satu garisan,komponen yang jelas adalah PANJANG.

2 Dimensi:Garisan tertutup (close-loop).Bayangkan sebuah bulatan,atau sebuah segiempat sama.Pada segiempat sama kita dapati ada dua komponen iaitu PANJANG dan LEBAR.

3 Dimensi:Garisan tertutup dengan titik pandangan (point of view).Bayangkan segiempat sama tadi menjadi berbongkah.Kita akan dapati 3 komponen dimensi iaitu PANJANG,LEBAR dan DALAM.

4 Dimensi:3 Dimensi ruang dan 1 Dimensi masa.




Sampai di sini ilmu dimensi dapat diterangkan dengan bahasa yang sederhana.Tambahan pula Fizik asas menjelaskan manusia hidup dalam ruang 4 dimensi sebenarnya (3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa),dengan kata lain ruang yang bergerak dalam satu garis masa yang abstrak.Adakah terdapat 7 dimensi ruang dan 1 dimensi masa?ADA,tetapi penglihatan dan neuron otak tidak dapat menafsir bentuk yang terdapat dalam 7 dimensi ruang ini.Terlampau kompleks.Objek 7 dimensi ruang hanya terkumpul di belakang titik buta tanpa diserap oleh cahaya supaya dibawa ke otak untuk ditafsirkan.

Ini adalah Fizik paling asas untuk menerangkan dunia fizikal kita.Namun untuk menerangkan lebih jelas lagi,kita perlukan Fizik Kuantum.


"Fizik Kuantum adalah ilmu yang cuba untuk menerangkan dunia ghaib secara saintifik"

(anonymous)


Di dalam dimensi asas ini manusia cuba untuk memikirkan banyak perkara.Salah satunya cahaya.Cahaya telah lama menarik minat manusia untuk mengkaji alam ini.Apakah yang menjadikan cahaya?Adakah ia mempunyai berat?Adakah ia berjisim?


"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)"

(Hadis Nabi diriwayatkan oleh Muslim)


Ini membuka persoalan yang lebih besar,adakah kita boleh menyeberang ke dimensi lain??



-------------------------------

Terminologi



Dimensi:Ukuran.Dimensi adalah cara manusia menerangkan dunia fizikal yang ditempatinya.Melalui dimensi juga manusia dapat mengetahui keadaan sebenar konsep ruang dan masa.Dimensi hanya sah di dalam Matrix sahaja.Di luar Matrix, tiada dimensi.






Bug:Merupakan satu pincangtugas di dalam pemprosesan data yang dihantar ke CPU micro.Dalam kes ini minda manusia.Ini terjadi apabila data yang terkumpul di dalam pangkalan data tidak dapat mengeluarkan maklumat seperti dicari atau sepadan dengan persoalan atau data yang diminta.Proses ini akan berulang-ulang dalam 'loop' yang jika tidak dikawal akan menyebabkan 'overflow'.

Overflow:Lambakan aliran tugas.Apabila tugas yang berulang-ulang masuk manakala tugas lama tidak sempat diselesaikan maka terjadilah fenomena 'overflow'.Ini samalah teknik DoS (Denied on Service) yang digunakan oleh para 'hacker' bagi menggodam atau memusnahkan sesuatu sistem.Ini akan mengakibatkan sistem tergendala (hang).Dalam situasi manusia,apabila sesuatu fenomena tidak dapat diterangkan oleh akal mereka,maka mereka akan panik dan hairan.JIka fenomena itu seperti memprovok mangsa,maka aura 'seram' atau ketakutan akan timbul.Ini adalah kesan dari 'DoS' tadi.Pada skrin komputer mungkin akan tertera Blue Screen of Death.




Parallel Universe:Dunia yang berselari.Dalam 'Parallel Universe' dunia yang berselari ini mungkin akan menindan antara satu sama lain.Dalam Fizik Kuantum,alam-alam di dalam 'Parallel Universe' berhubung dengan perantaraan TENAGA.Dalam String Theory bergabung dengan Mekanik Kuantum,alam-alam ini dapat berhubung melalui membran yang sama,jika 'string' yang lain dapat 'terbang' dan melekat dalam satu membran.Dalam Graviti Kuantum bergabung dengan Elektromagnetik Kuantum,mungkin terdapat daya Foton atau Graviton yang menyokong perhubungan antara partikel.




---------------------------------




Adakah anda dapat memahami rahsia Matrix dengan lebih mendalam setakat ini?Tidak mengapa,adakalanya kenyataan adalah teramat sukar untuk difahami dari kepalsuan.


"This is the nature of the universe. We struggle against it, we fight to deny it, but it is of course pretense, it is a lie. Beneath our poised appearance, the truth is we are completely out of control"

(Merovingian -Matrix Reloaded)


Walau apapun caranya anda telah termasuk ke dalam 'lubang sang arnab' ini. MASA AMAT MENCEMBURUI KITA.Sila ambil tempat duduk anda.

Pil yang anda ambil tadi adalah sebahagian dari program pencari.Ia direka untuk menganggu isyarat pembawa input/output anda,jadi kami dapat menjejak lokasi anda.

LIHAT SINI.

Adakah anda pernah bermimpi,di mana anda merasakan ia benar-benar terjadi?Bagaimana jika anda tidak bangkit dari mimpi itu?Bagaimana anda dapat membezakan antara dunia mimpi dan dunia sebenar?









WELCOME TO THE REAL WORLD

Read more...

Matrix di dalam Matirx


Semakin lama manusia mengkaji tentang alam ini,semakin dekat hasil keputusan mereka dengan apa yang tertulis di dalam kitab-kitab yang diwahyukan.Lebih dalam mereka memahami setiap baris persamaan algebra dan aritmatik,lebih dekat maksudnya dengan dogma-dogma agama.SEgala persamaan matematik dan Fizik anehnya semakin menjelaskan bahawa alam ini tiada dan sementara;tidak kekal abadi.

Alam semesta kita tidak unik.Di dalamnya terdapat pelbagai alam yang berdimensi sama tetapi berlainan Matrix.Dan ia dibungkus di dalam Matrix yang lebih besar;Matrix lebih tinggi.




Ketahuilah

tiada yang wujud selain Dia

tiada yang melihat selain Dia

tiada yang berkata selain Dia

tiada yang mendengar selain Dia

tiada yang berbuat selain Dia

(Kitab Taman Rahsia)


Manusia yang berakal semakin lama semakin memikirkan apakah sebenarnya alam ini?Dengan apakah Tuhan membikinnya?Dari mana asalnya alam ini?Sementara manusia-manusia ini mengkaji asal-usul alam ini,terdapat sekelompok manusia lain yang dianugerahkan hikmah dan pengetahuan,mengetahui hakikat alam ini beribu-ribu tahun sebelum manusia menemui partikel paling terkecil sekali;yang dikatakan adalah entiti paling asas membentuk alam semesta.

Di sini terdapat dua jenis manusia.Pertama mereka yang sampai kepada Tuhan dengan jalan mempelajari agama.Kedua orang yang sampai kepada Tuhan dengan jalan mencari-Nya di dalam kitab-kitab Matematik dan Fizik;melalui ilmu Sains.Kedua-duanya akan sampai,jika kena caranya.Tetapi jalan yang pertama pasti lebih sampai dahulu,kerana ia adalah jalan paling cepat.Yang kedua,melalui jalan-jalan yang berliku,bermain dengan segala persamaan,hipotesis dan teori.Hilang satu anu atau pekali dalam persamaan maka sesatlah jalan menuju Tuhan;mungkin jalan menuju syaitan.Sesetengah golongan kedua memperlekehkan golongan pertama,mempersoalkan logik tidak logik apa yang tertulis di dalam kitab-kitab agama.Golongan pertama;golongan agama tidak dapat menjelaskan secara saintifik apa yang ditulis dalam kitab mereka lantas terpaksa mempertahankan diri mereka dengan alasan agama tidak boleh difikirkan secara logik akal.Golongan kedua terus mengejek-ngejek sambil mengetawakan golongan pertama yang dianggap kolot,jumud dan tidak moden.Ketika zaman berganti zaman,golongan kedua tadi makin hebat mengkaji alam dengan segala kepandaian mereka dan peralatan yang semakin canggih.Suatu hari mereka menemui satu teori maha hebat yang menjelaskan asal-usul alam ini.Teori ini dicapai setelah beribu kali membaiki pelbagai persamaan Matematik dan Fizik,serta menggabungkan beberapa teori sains yang dibuat oleh pakar-pakar mereka sebelum itu.

Teori itu berbunyi:

"Bahawasanya alam semesta ini wujud melalui letupan titik tunggal ini dengan isipadu sifar. Letupan ini dinamakan ‘Big Bang’ "

Golongan kedua ini beramai-ramai mengusung segala kitab Matematik dan Fizik mereka ke surau dan masjid-masjid 'menyerang' golongan pertama setelah berabad-abad bertapa di dalam makmal dan balai cerap sambil ditimbuni segala kitab sains dan rumus-rumus,akhirnya mereka berjaya menemui asal-usul alam yang fana ini.Maka terhairan-hairanlah para ulama yang bertekur berzikir di dalam rumah Tuhan yang mulia gerangan apakah beramai-ramai datang sambil tersenyum bangga dan mendabik dada.Maka ditunjukkan mereka sebaris ayat yang di'frame'kan dengan kerangka emas bersalut berlian,ditulis dengan tinta berdakwat emas 24karat dan disembur harum-haruman mahal dari Paris.Maka berfikirlah dengan mendalam ulama di dalam masjid itu sambil merenung jauh.Memang tidak dapat dipecahkan masalah itu dengan kepalanya apatah lagi memahami segala persamaan matematik yang satu penyelesaian kuadratiknya sahaja mencapai 10 muka surat,yang disua-suakan oleh saintis Fizik itu untuk menerangkan teorinya.Maka dicapailah ia satu kitab berusia 1400 tahun lebih,dibukakan kitab kuno itu.Diselaknya lagi dan diselaknya,kemudian ditunjukkan kepada para saintis bijak pandai itu dua ayat dari kitab kuno itu.


“Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”

(Surah al-Anbiya; 30).


“Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya.”

(Surah az-Zariyat; 47).


Maka tercenganglah semua saintis itu pada hari itu.Bagaimana satu kitab tua berusia 1400 tahun lebih boleh membicarakan masalah 'Big Bang'??

Kita akan telusuri sejarah golongan kedua mencari rahsia alam dari Fizik Newton,Einstein hinggalah ke M-Theory atau Theory of Everything,menelusuri rahsia Kuantum dan String Theory.


Buah Epal dan Fizik Klasik




Suatu hari,seorang lelaki sedang enak-enak duduk di bawah sepohon pokok epal.Dia sedang memikirkan satu masalah yang amat berat;mengapa kita semua terlekat di tanah dan tidak terbang melayang-layang?Dia pun berfikir dan berfikir.Tiba-tiba suatu kemalangan yang tidak terduga menimpa lelaki malang ini.Sebiji epal jatuh menimpa kepalanya.Ketika menggosok-gosok kepalanya yang sakit,tiba-tiba dia mendapat ilham.Ilham ini yang akan membuka satu sejarah dalam bidang Sains Fizik,GRAVITI.Lelaki itu telah menemui graviti!!Dia pulang ke rumah dan mencatatkan penemuannya.Hari ini kita tahu lelaki ini ialah Isaac Newton.

Ketika itu Newton tahu bahawa daya gravitilah yang menyebabkan buah epal itu jatuh.Hari ini kita juga tahu bahawa daya inilah yang menyebabkan planet-planet dapat mengorbit matahari.Newton telah berjaya mengubah pandangan dunia dengan satu daya yang tidak dapat dilihat dan disentuh,kini dapat dihitung dan digunakan dalam pelbagai aplikasi.Catatannya dalam 'Principia of Mathematica' telah digunakan untuk menambahbaik prinsip kendalian meriam-meriam ketika perang dan masih digunakan orang untuk meluncurkan roket ke bulan dan menghantar Discovery ke angkasa.


Teori Relativiti




Seorang pemuda bekerja di sebuah pejabat paten sedang mengkaji berkenaan cahaya.Dia telah menemui bahawa cahaya merambat dengan kecepatan yang amat tinggi dan tidak ada satu objek pun yang mampu bergerak melebihi kecepatan cahaya.Pada tahun 1905,dia telah menerbitkan kajiannya itu dalam tulisan yang berjudul "On the Electrodynamics of Moving Bodies";di mana lahirlah Teori Relativiti Khas.Teori ini mengatakan:

1. Hukum-hukum Fizik adalah sama bagi semua pemerhati di dalam satu kerangka rujukan relatif antara satu sama lain.

2. Kelajuan cahaya di dalam hampagas adalah sama bagi semua pemerhati,tidak kira dari pergerakan relatif atau dari pergerakan dari sumber cahaya itu.

Ringkasnya jika anda pejamkan mata,kemudian seseorang membawa anda ke satu bilik yang berada di dalam kapal selam yang bergerak dalam kelajuan tetap,ketika anda membuka mata,anda tidak akan perasan sama ada anda berada di dalam bilik yang pegun atau berada di dalam kapal selam yang bergerak.Inilah dia relativiti.Bergantung kepada TITIK RUJUKAN.Pada anda,anda duduk di dalam bilik yang pegun.Tetapi bagi rakan yang membawa anda,anda berada di dalam kapal selam yang bergerak.Pada anda,sama ada anda berada di dalam bilik di atas tanah,atau berada di dalam bilik kapal selam itu,sama sahaja.Jika anda membaling bola dari atas ke bawah di dalam bilik kapal selam,bola itu juga akan berkelakuan sama di dalam bilik pegun.DENGAN KATA LAIN HUKUM-HUKUM FIZIK SAMA SAHAJA DI DALAM BILIK PEGUN ATAU DI DALAM BILIK KAPAL SELAM YANG BERGERAK ITU.

Kemudian dia menerbitkan satu lagi kertas kerja tentang relativiti pada tahun 1916.Teorinya kali ini digelar Relativiti Am.Anehnya lama sebelum itu ada seorang ahli Matematik Jerman yang bernama David Hilbert telah menulis persamaan yang sama. INI ADALAH KISAH LAIN.KONSPIRASI YANG LAIN.Teori ini menggantikan Teori Graviti Newton.Teori ini mengatakan sesuatu yang melangkaui kepercayaan orang tentang apakah graviti itu sebenarnya di mana Newton sendiri tidak dapat menjelaskannya.Teori ini menjelaskan bahawa graviti itu bukanlah suatu daya sebenarnya tetapi hasil dari ruang-masa yang dilengkungkan oleh jisim-jisim besar seperti matahari dan bintang.TEori ini menambah lagi,bahawa MASA BERGERAK LEBIH LAMBAT DALAM MEDAN GRAVITI YANG TINGGI.

Bayangkan satu trampolin yang permukaannya tegang.Kemudian dimasukkan satu bola boling ke dalamnya.Sudah tentu trampolin itu akan melendut ke bawah.INI ADALAH GAMBARAN JISIM BESAR AKAN MELENGKUNGKAN RUANG-MASA.Kemudian masukkan bola yang lebih kecil;bola tenis misalnya dengan dilepaskan perlahan-lahan bermula dari tepi trampolin bersama-sama bola boling merentasi trampolin itu,bola tenis itu akan bergerak ke tengah,tetapi membelok disebabkan bola boling tadi yang melendutkan permukaan trampolin.INI GAMBARAN MENGAPA PLANET BERGERAK MENGELILINGI MATAHARI.

Jadi orbit planet-planet disebabkan pergerakan planet yang bergerak lurus tetapi melengkung kerana kesan jisim matahari yang besar telah melengkungkan ruang-masa.

Pada tahap ini,graviti seolah-olah bukan satu daya yang misteri lagi,tetapi satu tindakbalas ruang-masa yang menakjubkan.Daya graviti akhirnya telah berjaya dijelaskan.Sehingga kini teori ini berjaya menjelaskan dengan baik pergerakan planet-planet,bintang serta objek-objek berjisim besar yang lain.TEORI RELATIVITI MENJELASKAN ALAM YANG BERUKURAN BESAR.Penemu teori ini yakin bahawa alam semesta berjalan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.

"Tuhan tidak bermain dadu",katanya






Lelaki ini telah mengubah pandangan orang tentang bagaimana untuk melihat ruang-masa.Baginya ruang-masa bagaikan selembar kain yang amat besar;dapat meregang,menguncup dan bergulung-gulung.Oh ya,lupa untuk memperkenalkan lelaki ini.Namanya Albert Einstein.


Era Fizik Kuantum





Pada tahun 1861,seorang ahli Fizik British,James Clerk Mazwell telah menerbitkan satu kertas kerja yang berjudul “On Physical Lines of Force".Ini membuka satu penemuan yang besar,elektromagnet.Selepas itu di dalam siri kajiannya tentang daya elektromagnet,beliau merumuskan bahawa elektrik dan magnet adalah daya-daya.Kedua-duanya saling bergantungan dan inilah yang membentuk daya elektromagnatik.Maxwell telah berjaya menggabungkan kedua daya tersebut menjadi daya asas alam selain daya graviti.Daya elektromagnet dihasilkan alam setiap saat malahan setiap partikel membawa muatan elektrik yang mempengaruhi interaksi antara partikel.

Beberapa lama selepas kematiannya pada tahun 1879,ketika Einstein popular dengan relativitinya,kertas kerja Maxwell telah dikaji oleh para saintis dan ini diajukan kepada Einstein.Mereka yakin jika daya graviti memerlukan ruang untuk melengkungkannya maka daya elektromagnet juga perlukan satu medium untuk bergerak.Tetapi di mana?Untuk menjawab soalan ini para saintis telah mencadangkan satu dimensi ruang tambahan supaya daya tersebut merambat.Einstein menerima idea ini.Tetapi di mana dimensi tambahan ini?Mengapa kita tidak dapat melihatnya?

Seorang ahli Matematik berbangsa Polish-Jerman, Theodor Kaluza dan ahli Fizik Sweden Oskar Klein telah mencadangkan bahawa dimensi tambahan itu teramat kecil.Ia seperti satu kabel elektrik yang amat jauh dan anda memandangnya seperti satu benang halus yang hanya ada panjang tanpa lebar.Tetapi jika dari pandangan seekor semut misalnya,kabel ini menjadi 3 dimensi dan semut ini dapat bergerak ke depan atau ke belakang dan memutari kabel tersebut.Inilah dimensi yang tidak nampak itu.Kaluza dan Klein mengatakan dimensi tambahan ini berukuran sangat kecil di setiap lokasi pada ruang.







*James Clerk Maxwell

Dari sinilah Einstein mendapat ilham tentang 'Unified Theory'nya.Beliau berpendapat untuk memahami alam ini secara menyeluruh maka daya elektromagnet ini mestilah disatukan dengan daya graviti.Sejak itu,Einstein telah menghabiskan seluruh hidupnya mengkaji Unified Theory.

Apabila Neils Bohr memperkenalkan model atomnya yang terdiri daripada proton,elektron dan neutron,orang mula berfikir tentang alam semesta yang kecil.Ini menghantar pemikiran manusia ke dunia sub-atomik.Di sinilah lahirnya FIZIK KUANTUM.

JIka Teori Relativiti membicarakan alam semesta yang besar,Kuantum bermain-main dengan alam semesta yang teramat kecil.

Di sinilah para saintis menemui kepincangan dalam Teori Relativiti.Di dalam dunia Kuantum yang teramat kecil,daya graviti seakan-akan tiada langsung.Malahan di dunia Kuantum para saintis menemui daya nuklear kuat dan daya nuklear lemah.Daya nuklear kuat adalah daya yang melekatkan inti-inti atom pada tempatnya manakala daya nuklear lemah yang mengakibatkan keruntuhan atom atau radiasi.Sampai di sini para pengkaji telah bersepakat mengatakan terdapat 4 daya asas alam semesta:

-Daya Graviti
-Daya Elektromagnet
-Daya Nuklear Kuat
-Daya Nuklear Lemah

Di antara keempat-empat daya ini,daya nuklear kuatlah yang paling terkuat.Ini terbukti dalam pembuatan bom atom,ledakan bom atom adalah kesan peleraian zarah-zarah atom secara paksa dan ini yang menyebabkan terbebasnya daya nuklear kuat tadi.Daya yang paling lemah adalah graviti.Graviti hanya dirasakan pada jisim-jisim amat besar seperti bintang dan planet.Di alam yang teramat kecil atau Kuantum,daya graviti hilang pengaruh sama sekali,kerana kekuatan daya yang teramat kecil untuk dibuat pengiraan.Graviti hanya 'angkuh' di alam semesta tetapi pengecut di alam Kuantum.


Singulariti dan Lohong Hitam




Dalam kesempatan yang lain,dua orang saintis,Roger Penrose dan Stephen Hawking telah mengkaji satu fenomena alam yang menarik,iaitu KERUNTUHAN BINTANG.Sebuah bintang akan runtuh jika setiap partikel yang membentuknya kehilangan tenaga.Elektron yang kehilangan tenaga akan runtuh ke pusat atom.Ukuran atom yang menyusut amat penting sehingga ukuran bintang itu juga ikut menyusut sebagaimana atom-atomnya.Namun begitu,daya gravitinya tidak berubah.Kesimpulannya, pada ukuran yang semakin kecil,daya graviti teramat kuat,mengakibatkan ruangmasa terlengkung ke ukuran tidak terhingga.

Bayangkan sebuah bola besi berukuran bola sepak beratnya 1kg dan sebuah guli besi juga beratnya 1kg.Letakkan bola sepak besi tadi ke dalam sebuah trampolin.Kemudian alihkan bola sepak besi tadi dan letakkan pula guli besi tadi.Pada fikiran anda,yang manakah lebih melendutkan permukaan trampolin?

Pada jisim yang sama,objek yang lebih kecil AKAN LEBIH MENUMPUKAN DAYA GRAVITI.

Oleh kerana kuatnya daya graviti ketika bintang runtuh maka semua yang ada di sekelilingnya akan ditarik sehingga cahaya pun tidak dapat lepas!Apabila ini terjadi,kita tidak dapat melihat kewujudan bintang runtuh itu.Kewujudannya hanya dapat dikesan di zon gelap di alam semesta yang memiliki graviti yang kuat.Inilah yang dipanggil BLACK HOLE (lohong hitam).

Partikel-partikel cahaya yang disebut foton yang jatuh ke dalam lubang hitam tidak akan dapat melepaskan diri.Namun pada jarak tertentu dari pusat lubang hitam dimana daya graviti tidak terlalu kuat sehingga cahaya masih dapat bertahan untuk tidak jatuh namun terlalu lemah untuk mampu lepas, maka cahaya tersebut hanya dapat melayang-layang di situ. Jarak ini disebut horizon peristiwa (event horizon). Dinamakan demikian karena dipercayai jika cahaya berhenti bergerak, maka waktu setempat ikut berhenti.


Big Bang




“Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”

(Surah al-Anbiya; 30).



Penrose telah memberikan ideanya kepada Hawking tentang asal-usul alam semesta. IDEA TENTANG KEADAAN SEBENAR ALAM SEMESTA INI KETIKA MULA TERBENTUK.Menurut Penrose,di masa dahulu,alam ini berukuran teramat kecil.Dan setelah itu Hawking juga bersetuju mengatakan bahawa alam semesta ini bermula dari sebuah titik tunggal yang amat kecil.Sebuah singulariti.

Sebenarnya, permasalahan ini telah disingkap secara teori lebih awal. Albert Einstein, menyimpulkan dari pengiraan yang membawanya untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, telah merumuskan bahawa alam semesta bukanlah statik. Terkejut dengan penemuan ini, Einstein telah menambah satu faktor yang dipanggil ‘pemalar kosmologi’ (cosmological constant) ke dalam persamaannya dengan sengaja untuk mengelakkan persamaan ini daripada menjadi satu kesimpulan. Kerana diyakinkan oleh ahli astronomi lain bahawa alam semesta adalah statik, dia tidak ingin teori ini bertentangan dengan model ini (universe static). Pandangan ini, yang mana kemudiannya ditolak oleh Einstein sendiri –yang diakui sebagai satu kesilapan paling besar di dalam kariernya.

SEBENARNYA BIG BANG ADALAH HASIL KEPUTUSAN YANG AKHIR DARI RELATIVITI TETAPI EINSTEIN MEMBUANGNYA KERANA TIDAK DAPAT MENERIMA KENYATAAN YANG MENGGEMPARKAN INI.

Pada tahun 1920, di sebuah balai cerap di Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi. Ketika membuat pemerhatian terhadap bintang-bintang melalui teleskop gergasinya, dia mendapati bahawa cahaya yang dipancarkan dari bintang-bintang itu beralih kepada warna merah yang terletak di hujung spektrum cahaya dan bahawa peralihan ini semakin terang apabila bebintang itu semakin menjauhi bumi. Penemuan ini amat mengejutkan dunia sains ketika itu, kerana berdasarkan kepada hukum-hukum fizik yang diakui, spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cenderung kepada warna ungu sementara spektrum cahaya ini akan cenderung berwarna merah ketika cahaya ini bergerak menjauhi titik pemerhatian itu. Ini bererti bahawa bintang-bintang itu secara tetap bergerak menjauhi kita.

Sebelum ini, Hubble telah membuat satu lagi penemuan penting; bintang dan galaksi bergerak menjauhi bukan sahaja daripada kita (bumi), tetapi juga antara satu sama lain. Satu-satunya kesimpulan yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta di mana setiap sesuatu bergerak menjauhi sesama mereka ialah alam semesta itu secara tetap ‘berkembang’. Untuk menerangkannya, keadaan alam semesta ini sama seperti permukaan sebiji belon yang ditiup. Sama seperti titik-titik di permukaan sebiji belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu mengembang, dan begitu jugalah objek-objek di dalam ruang angkasa juga bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika alam semesta terus berkembang.

Big Bang adalah penemuan teragung dunia Fizik,dan ini membuka ke banyak pintu rahsia.

Kajian ke atas bintang runtuh dan Lohong Hitam bagaikan melihat Big Bang dari arah terbalik.Lohong Hitam adalah singulariti.Oleh itu,untuk memahami bagaimana alam ini diciptakan adalah dengan menggabungkan 4 daya asas yang ada.Sehingga ke hari ini,manusia sudah berjaya menggabungkan daya Elektromagnet dengan daya nuklear lemah menjadi daya elektrolemah (Electroweak Force).Kemudian daya ini dapat pula digabungkan dengan daya nuklear kuat menjadikan satu asas kepada model yang standard kepada satu teori akhir yang mampu menjelaskan asal-usul alam semesta dalam satu teori tunggal;Teori Segalanya atau Theory of Everything.


Masalah di dalam Relativiti dan Kuantum

Teori Relativiti tidak berlaku di alam berukuran Kuantum kerana pada teori ini daya graviti sangat berperanan dan hanya melibatkan benda-benda besar. Teori Kuantum mampu menjelaskan alam sangat kecil ini namun ia tidak mampu melibatkan daya graviti.Inilah pertentangan antara Fizik Kuantum dan Teori Relativiti Einstein.

Tetapi secara aneh para saintis seakan terlupa melihat Lohong Hitam yang penuh misteri!

Ketika mereka terpaksa mengabaikan daya graviti kerana terlalu lemah di dunia atom atau Kuantum,tiba-tiba ketika bintang runtuh,daya graviti boleh muncul malah semakin 'gagah' dan kuat pula!Di depan mata mereka terpampang satu fenomena nyata tentang penyatuan daya-daya tersebut ke dalam sebuah singulariti.Bagaimana objek tidak terhingga kecilnya (Lohong Hitam-dalam kes ini bermaksud berukuran Kuantum) dapat menghasilkan graviti (yang tidak mungkin wujud di dunia Kuantum) yang begitu besar??Bagaimana untuk menjelaskan keanehan ini?Bagaimana untuk menjelaskan mekanisma Lohong Hitam?

Kesimpulannya hukum-hukum Fizik telah runtuh bersama-sama atom-atom di Lohong Hitam.Benar-benar sebuah Lohong Hitam teramat gelap sehingga tidak ada satu pun teori sains yang mampu menjelaskannya.

Para saintis terus kebingungan sehinggalah kemunculan satu teori yang agak pelik dan ditolak pada mulanya,tetapi dapat menjelaskan semua misteri ini.

Ia adalah String Theory.









"You have the sight now, Neo. You are looking at the world without time."

(Oracle -Matrix Reloaded)








------------------------------------
Bibliografi


'Black Hole and Baby Universe and Other Essays" by Stephen Hawking
"Stephen Hawking: Quest For A Theory of Everything" by Kitty Ferguson
"A Brief History of Time" by Stephen Hawking
"Human Earth" by Erianto Rachman
"On the Electrodynamics of Moving Bodies" Paperwork 1905 by Albert Einstein.
“On the Elementary Regulations of Electric Quantities” (1863) by James Clerk Maxwell
"Theory of Everything" by Sandi Setiawan
"The Fabric Of The Cosmos" by Brian Greene


Sumber: http://mistisfiles.blogspot.com/

Read more...

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP