Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Air Penerang Hati

Untuk penerang hati dan menguatkan hafalan

Minum 7 hari berturut-turut pada waktu pagi atau sebelum sarapan

Sebelum diminum sila baca Surah Al-Fatihah dan Selawat serta niat mengikut hajat.

Boleh juga dibubuh dalam masakan, minuman, atau direnjis di tempat tidur, di pakaian,disapu di muka dan kepala atau ditempat sakit dan sebagainya.

Elakkan dari dilangkah

AIR ANNUSYYRAH

Surah-surah yang disebut di bawah dibaca dan ditulis sebanyak bilangan:-

Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)786 kali.

Surah Al-Fatihah 70 kali.

Ayatul kursi 70 kali.

10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah, Surah Yassin lengkap 83 ayat, Surah Thoha ayat 131 dan 132, Surah An-Najmi ayat 1 hingga 18, Surah Ar-Rahman ayat 1-5, Surah Al-Haaqqah lengkap 52 ayat, Surah Al-insyirah lengkap 8 ayat

Dakwat daripada za'faran dan air mawar

Air tapisan berkualiti tinggi (bebas dari bakteria)

Campuran Air Zam-zam dan Air hujan Malam Jumaat.

Khasiat

Penerang hati untuk kanak-kanak /pelajar-pelajar semua peringkat umur.

Mengelak penyakit lupa dan nyanyuk bagi orang dewasa dan berumur

Membantu kanak-kanak supaya rajin belajar

kanak-kanak /bayi meragam waktu malam

kanak-kanak suka berkelahi degil dan sebagainya.

Read more...

Fadhilat Dan Khasiat AL-Fatihah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Read more...

Surah Al-Mulk banyak fadhilat

AL-QURAN adalah kalam Allah yang bermukjizat dan zikir terbaik untuk diamalkan kerana ia adalah cahaya, petunjuk serta pedoman mutlak dalam memandu kehidupan seluruh umat manusia.

Daripada 6,236 ayat di dalam 114 surah yang termaktub dalam kitab suci yang dijamin penjagaannya oleh Allah S.W.T. sehingga hari kiamat, terdapat beberapa surah pilihan yang sering menjadi amalan zikir umat Islam kini.

Surah Al-Mulk (kerajaan) yang mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-67 dalam juzuk 29 adalah antara surah-surah yang menjadi zikir pilihan harian kebanyakan mukmin. Diturunkan sesudah surah Ath-Thuur dan termasuk dalam kelompok surah-surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyah), Al-Mulk juga dinamakan dengan surah At-Tabaarak (Maha Suci).

Surah ini juga agak pendek (30 ayat) tetapi padat dengan peringatan, iktibar dan nasihat melibatkan akidah. Maka ia lebih mudah dihafal untuk difahami dan dijadikan pedoman hidup. Malah Al-Mulk yang dijadikan zikir ini, jika dihayati dan difahami sebaik-baiknya ia adalah penyelamat akidah Mukmin dalam mengamalkan kehidupan harian yang penuh pancaroba sekarang.

Daripada surah ini kita dapat mengetahui dan memahami akan penegasan dan bukti-bukti tentang kekuasaan Allah S.W.T. yang mutlak ke atas setiap makhluknya. Kuasa menghidup dan mematikan adalah hak mutlak-Nya. Penciptaan langit dan bumi untuk manfaat manusia ada ganjaran dan balasan di dunia dan di akhirat.

Malah pelbagai amaran, peringatan dan petanda turut diberikan pada manusia supaya membuat pilihan yang betul dan tepat semasa di dunia. Kita juga diingatkan bahawa tidak ada makhluk yang dapat menyelamatkan diri daripada hukuman dan ketentuan Allah S.W.T. Setiap kekufuran, kekafiran dan helah dalam menolak seruan Rasul tidak akan terlepas dari azab seksaan-Nya.

Besarnya syafaat, fadilat dan pengaruh yang terkandung dalam surah ini mendorong Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) menerbitkan buku khas yang membincangkan mengenai surah Al-Mulk. Diterbitkan secara eksklusif dengan judul ‘Surah Al-Mulk: Terjemahan dan Huraian’, buku ini diedar khas untuk pembayar zakat di PPZMAIWP.

Melalui usaha Muhammad Ramzi Omar sebagai penyusun dibantu oleh Ahmad Shukri Yusoff selaku penyunting, buku setebal 98 muka surat ini diterbitkan melalui cetakan pertama tahun 2006.

Muhammad memulakan penyusunan buku ini dengan siri pengenalan mengenai fadilat surah Al-Mulk diikuti terjemahan mengikut urutan ayat demi ayat sehingga habis 30 ayat. Diikuti dengan kebesaran fadilat dan intipati kalam Allah dalam surah ini melalui perincian huraian ayat-ayat dari rujukan pelbagai kitab tafsir muktabar termasuk Tafsir Pimpinan al-Rahman, Al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Muhammad Ali al-Sobuni, Abu al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Naisaburi, Dr. Muhammad Sayyid Ahmad al-Musayyar, Dr. Abdul Hayie Abdul Sukor, Muhammad Taqiyyuddin Al-Mudarrisi, Sa’id Hawwa dan Harun Yahya.

Namun pokok isi surah Al-Mulk menjelaskan hidup dan mati adalah ujian bagi manusia. Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan. Lalu Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memperhatikan isi alam semesta kerana azab yang diancam terhadap orang-orang kafir dan janji Allah kepada orang-orang mukmin adalah satu ketentuan yang pasti.

Nama Buku: Surah Al-Mulk

Terjemahan & HuraianTerbitan: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Edaran: Terbitan Eksklusif untuk pembayar zakat (percuma)

Penyusun: Muhammad Ramzi Omar.Penyunting: Ahmad Shukri Yusoff.

Read more...

Keberkatan Surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Read more...

Hikmat, Rahsia Dan Khasiat Surah Dan Ayat Al Quran

BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.

Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.

Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.

Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.


SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.


SURAH AR-RA’D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.


SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.


SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.


SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.


SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH SABA‘ (Saba‘)

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.


SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..”

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.


SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”

Read more...

Nuzul Quran

Assalamualaikum wbt.

Salam Fitrah kepada semua Sahabat Fitrah yang sentiasa setia untuk mencari ilmu-ilmu sebagai santapan rohani.

Dalam bulan Ramadan terdapat dua kelebihan utama yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya beriman. Salah satu kelebihan yang kita maklum ialah malam al-qadr yang diterima semua amalan hamba-hambaNya yang menemui malam tersebut. Malam al-qadr yang diturunkan malaikat oleh Allah SWT untuk menghimpunkan setiap doa hamba-hambaNya ang beriman.

Dan salah satu peristiwa penting yang menjadi anugerah Allah di dalam bulan ini ialah penurunan kitab suci al-Quran. Kitab yang menjadi petunjuk dan hidayah kepada semua manusia. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

Sesungguhnya al-Quran yang menjadi panduan kita hari ini telah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun sebagai satu metod pembelajaran yang perlu disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada sekalian umat. Bila kita mengingati peristiwa penurunan kitab Allah ini, maka dalam masa yang sama kita perlu menghayati sirah perjuangan baginda s.a.w dalam menegakkan ajaran kitab suci ini.

Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan kerana Jibril a.s telah menurunkan kalam Allah ini melalui junjungan besar s.a.w. Sebab itu Ramadan juga dikenali sebagai bulan al-Quran kerana peristiwa nuzul Quran yang menjadi titik permulaan agama Islam umat Islam.

Al-Quran yang menjadi mukjizat baginda s.a.w ini sangat agung, kerana penurunannya begitu dimuliakan oleh makhluk Allah yang lain. Sebagaimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Hasyr ayat 21: “Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau dapat melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat manusia supaya mereka berfikir.”

Justeru itu, kita amat dituntut untuk mengisi Ramadan ini dengan memperbanyakkan membaca mukjizat agung ini sebagai salah satu penghormatan yang perlu diingati di samping kita sama-sama mencari keredhaan Allah SWT. Namun apa yang perlu diingatkan dalam kita bertadarus dan membaca al-Quran, bukan khatam yang perlu kita kejarkan, tetapi apa yang lebih penting tadabbur serta penghayatan akan menjadikan peristiwa nuzul quran ini terkesan di hati kita. Baginda Rasulullah s.a.w menganjurkan kita dalam kita membaca al-Quran ini, bahawa mereka mempelajari isi kandungan al-Quran dengan mempelajari beberapa ayat, kemudian diiringi dengan penerangan mengenai ayat tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Adalah seorang dari kami jika mempelajari sepuluh ayat maka ia tidak menambahnya sampai ia memahaminya dan mengamalkannya.”[HR Ibn Mas'ud]

Mudah-mudah sambutan Nuzul Quran kali ini menjadi titik perubahan kepada kita dalam menghayati ayat-ayat Allah agar segala isi kandungannya akan lebih menambahkan lagi keyakinan kita terhadap agama Allah.

Read more...

Khasiat Bismillah

Bismillah Dua Puluh




Bismillah Sembilan

Bacalah ayat ini selepas dari tiap-tiap kali solat kerana fazilatnya amat besar:

  1. Menjadi pagar baginya dalam sebarang kecemasan
  2. Tidak dapat dibinasa oleh musuh melainkan beroleh kemenangan.
  3. Menyampaikan sebarang hajat.
Bismillah Enam

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezekinya.
  • Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Dijauhkan dari segala penyakit.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada dari telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
    Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Dibaca dimalam Jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas;

Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.



Bismillah Lima



Fungsi Bismillah Lima adalah seperti berikut:


1. Penanwar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tidak di ketahui puncanya.

Cara merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah lima ini sebanyak tujuh kali kemudian ditiupkan ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula ke atas air.

Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Kesan Sampingan:

Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.







Read more...

Haji di dalam al-Qur'an

Kalimat-kalimat lain yang berkaitan dengan Haji di dalam al-Qur'an

Halaman ini menyenaraikan ayat-ayat al-Qur'an, yang selain daripada ayat Haji, tetapi berkaitan dengan ibadah Haji. Pengumpulannya adalah menurut sesuatu perkataan atau frasa yang disebut di dalam ayat Haji.

KEWAJIPAN
3:97. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya – maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam


IHRAM ("HURUM")

5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa sahaja yang Dia mengkehendaki.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan
**Ada dua lagi perkataan "hurum" tetapi diterjamahkan kepada "haram", kerana diguna untuk bulan, iaitu "bulan haram". Kata dasarnya "harama" yang bermakna haram, dll. Ayat-ayat tersebut adalah:
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan satu sama lain padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

UMRAH

2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah) ....
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah .... sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.

RUMAH

2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
2:127. Dan apabila Ibrahim, dan Ismail bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah ....
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati.
5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia,
8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan; (Solat yang tidak betul di Rumah.)
11:73. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah."(Ahli Rumah di sini berkaitan dengan Nabi Ibrahim.)
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku menempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat dengan Rumah Suci Engkau, wahai pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkanlah hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.
22:33. Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.(Ahli Rumah di sini ialah isteri-isteri Nabi.)
52:4. Dan Rumah yang dimakmurkan,
106:3. Maka hendaklah mereka menyembah Pemelihara Rumah ini,


TEMPAT DIBERKATI

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.
Yang lain yang turut diberkati:
7:137. Dan Kami mewariskan kaum yang dihina (Bani Israil), semua yang di timur dan barat bumi yang Kami memberkati;
17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati,
21:71. Dan Kami menyelamatkan dia (Ibrahim), dan Lut, ke bumi yang Kami memberkati bagi semua alam
21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami memberkati;
23:29. Dan katakanlah, 'Wahai Pemeliharaku, labuhkanlah aku di sebuah pelabuhan yang diberkati;
24:35. Kaca seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat.
28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Pemelihara semua alam.
34:18. Dan Kami meletakkan, di antara mereka dan bandar-bandar raya yang Kami memberkati, beberapa buah bandar raya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan di antara mereka,
41:10. Dan Dia meletakkan di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia menentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.

TEMPAT AMAN

2:125. Dan apabila kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan, tempat aman
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkanlah ini sebuah negeri yang aman,
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia berasa aman.
14:35. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkanlah tanah (negeri) ini aman,
28:57. Mereka berkata, "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami meneguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
29:67. Tidakkah mereka melihat bahawa Kami membuatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?
48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman

TEMPAT SUCI

28:57. Mereka berkata, "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami meneguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
29:67. Tidakkah mereka melihat bahawa Kami membuatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka mempercayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?

BAGI SEMUA ALAM

3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.
21:71. Dan Kami menyelamatkan dia, dan Lut, ke bumi yang Kami memberkati bagi semua alam.
Ayat-ayat lain yang mengandungi frasa "bagi semua alam":
3:108. Ini adalah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam.
6:90 ..... ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam."
21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya Roh Kami, dan Kami membuat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.
25:1. Berkatnya Dia yang menurunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.
29:15. Namun begitu, Kami menyelamatkan dia dan orang-orang yang di dalam kapal, dan Kami membuatnya satu ayat bagi semua alam.

MONUMEN SUCI (Masy'aril Haram)

2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.

INGAT (PADA TUHAN)

2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterima kasihlah kepada-Ku, dan janganlah kamu tidak percaya kepada-Ku.
2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.
2:200. Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat.
2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa.
22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami membuatkan mereka untuk kamu sebagai di antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.
Ayat-ayat lain mengenai ingat pada Allah:
3:135. Yang, apabila mereka melakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka,
3:191. Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab api.
6:138. .... dan binatang ternak yang mereka tidak mengingat (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya
7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa kamu, dengan merendahkan diri, dan rasa takut, dan perkataan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Janganlah kamu menjadi di kalangan orang-orang yang lalai.
13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah - dengan mengingati Allah, hati tenteram.
29:45. Mengingat Allah adalah lebih besar;
73:8. Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh.
76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,
76:26. Dan sebahagian daripada malam;
87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,
87:15. Dan mengingat (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.

MEDAN ("MAKAM") IBRAHIM

2:125. Dan apabila kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat."
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim,
Perkataan "makam" pada ayat-ayat lain:
14:14. Dan sungguh Kami akan menempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."
17:79. Dan untuk malam, berjaga-jagalah pada sebahagiannya, sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu membangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.
19:73. Apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Yang manakah antara dua golongan yang lebih baik medannya, dan lebih baik dalam majlisnya?"
26:58. Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia.
37:164. Tiada di antara kami di sana melainkan mempunyai medan yang diketahui.
44:26. Dan ladang-ladang yang telah disemai, dan betapa mulianya medan,
44:51. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,
55:46. Tetapi bagi orang yang takut akan Medan Pemeliharanya, bagi mereka dua taman (jannah).

KAABAH

5:95. .... sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah;
5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia,

MASJIDIL HARAM

2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan.
2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.
2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman di antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.
2:191 .... dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram (Masjid Suci) sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.
2:196..... maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah;
5:2. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli.
8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram ....
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis (kotor); maka janganlah membenarkan mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan mencukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
17:1. Dia disanjung, yang memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram (Masjid Suci) ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami.
22:25. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami membuatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang menghendaki untuk tidak menghormatinya dengan kezaliman, Kami akan merasakan kepadanya azab yang pedih.
48:25. .... orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya.
48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.

MAKMUR

9:17. Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah
9:18. Yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
52:4. Dan Rumah yang dimakmurkan

MEKAH

48:24. Dia yang menahan tangan-tangan mereka daripada kamu, dan tangan-tangan kamu daripada mereka, di perut Mekah, setelah Dia memenangkan kamu ke atas mereka. Allah melihat apa yang kamu buat.
48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak mengetahui, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah memasukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami mengazab orang-orang yang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.
48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.
48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut." Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.
ARAFAH

2:198. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci,
2:199. Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah;

SAFA dan MARWA

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa mengerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.

BULAN HARAM dan "HURUM"

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa menyerang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan."
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati.
5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram,
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci).

BULAN-BULAN LAIN

2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.
2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui

PERIBADATAN

2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:200. Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat.
22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
22:67. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka mengorbankan. Janganlah mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu berserulah kepada Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.

TAWAF (TATAWAFA)

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya;
22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

MENGELILINGI (TA'IF)

2:125. "Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud."
22:26. Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
Perkataan "hafta" juga bermakna mengelilingi:
39:75. Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka;

PEMBERIAN

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, ..... sehingga pemberian itu sampai di tempat korban ..... maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati.
5:95. ... daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah;
5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian,
48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya.

KORBAN

i. "Nasaka" :

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.
6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.

ii. "Mahil" (tempat korban):

2:196. ... dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban.
22:33. Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua.
48:25. Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya.

iii. "Budn" (binatang korban):

22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami membuatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu.

iv. Terdapat juga perkataan "qurban" tetapi tidak termasuk di dalam ayat Haji, namun, membawa pengertian yang sama, iaitu "korban"

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah membuat perjanjian dengan kami supaya kami tidak mempercayai mana-mana rasul sehingga dia mendatangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu mengatakan. Mengapa pula kamu membunuh mereka jika kamu berkata benar?"
5:27. Dan kamu bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka mempersembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.
46:28. Maka mengapa mereka tidak menolong mereka, yang mereka mengambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka telah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah kedustaan mereka, dan apa yang mereka mengada-adakan.
37:107. Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.

CUKUR KEPALA

2:196. ... dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban
48:27. Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut."

RANTAI LEHER

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher,
5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

NAZAR

22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.
Contoh perkataaan nazar pada ayat-ayat lain :
2:270. Dan apa sahaja nafkah yang kamu menafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu menazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang yang zalim.
3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."
19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"
(Nazar Mariam sebelum melahirkan anaknya.)
76:7. Mereka menepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana

BERBURU

5:1. ... supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu
5:2. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan.
5:4. Mereka menanyai kamu apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya.
5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah menguji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah mengetahui siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak,
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram);

BINATANG TERNAK

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia;
4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak;
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak
6:136. Mereka menentukan bagi Allah daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia menciptakan, sebahagian, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikianlah mereka mendakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka, tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah, sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka memutuskan!
16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, di antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.
22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
22:30. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu.
22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka.
39:6. ... daripada binatang ternak, lapan pasangan

PENEBUSAN

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa di antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya.
Balik ke atas
PUASA
2:187. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam,
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya.

SEDEKAH

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa di antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah
2:263. Ucapan yang baik, dan keampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan;
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia
2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu;
9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya,

TANDA-TANDA ALLAH

2:158. Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah,
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah
22:32. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.
22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami membuatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.
22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia telah memberikan kamu.

HAL-HAL ALLAH

22:27. Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,
22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya

SETELAH MELAKSANAKAN

2:200. Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia", dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.
2:201. Dan di antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api."

Read more...

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir. "Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepadaorang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilangkepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barangbarangsaya yang hilang kerana barang-barang itu adalahpemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang palingmengasihani daripada segala yang mengasihani."

Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Waktu gempa sama dengan ayat & surah di dalam Al-Qur'an

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah S.w.t. Demikian ayat-ayat Allah S.w.t. tersebut :

17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah S.w.t. di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Read more...

Saturday, June 6, 2009

Surah ad-dhuha kandungan pelbagai fadilat

Ad-dhuha adalah surah ke-39 dalam al-Quran. Ia mengandungi 11 ayat yang mempunyai fadilat jika dijadikan bacaan amalan setiap hari. Barang siapa yang membacanya setiap kali waktu terbit dan terbenam mata hari sebanyak tujuh kali, insya-Allah diselamatkan daripada kehilangan, kecurian atau lari hamba sahaya atau anak.

Jika kita gelisah akibat kecurian dan kehilangan atau anak serta isteri melarikan diri, bacalah surah ini. Selain wirid, kita boleh melakukan solat sunat dhuha enam rakaat dengan tiga salam setiap Jumaat hingga kembali barangan yang hilang itu. Selepas habis menunaikan solat enam rakaat, bacalah doa yang bermaksud:

“Ya Allah, ya Tuhan yang Maha Kaya, ya Tuhan yang Maha Mengembalikan tiap-tiap yang hilang, Ya Tuhan yang Menghimpun yang bercerai-berai, Ya Allah ya Tuhan yang ditangan-Nya segala sesuatu perkara, (Mohonlah aku ya Allah) kembalikanlah kepadaku barang kehilanganku, sesungguhnya tiada yang dapat menghimpun sesuatu, melainkan Engkau.”

Insya-Allah, barang yang hilang akan segera dikembalikan oleh sesiapa yang mengambilnya.

Sesiapa yang membaca surah ini setiap hari dalam tempoh 40 hari sebanyak 40 kali dan selepas selesai, dibaca pula dengan doa, insya-Allah akan menjadikannya bebas daripada kefakiran.

Doa itu bermaksud: “Ya Allah, ya Tuhan Yang Maha Kaya katakanlah aku, hingga aku tidak khuatir takut sesudahnya menjadi fakir dan tunjukkanlah aku kerana aku sesat dan kurniakan aku ilmu kerana aku jahil.”

Read more...

Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.

Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya “Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali. Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Read more...

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP