Thursday, July 23, 2009

Kelebihan Bertasbih, Bertahmid Dan Bertakbir

Assalamualaikum w.b.t

Semoga kita semua masih kuat untuk beribadat kepada Allah SWT.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.[HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]


Apabila kita menghayati apakah yang dikehendaki daripada hadis nabi ini, sebenarnya ruang untuk kita memohon keampunan kepada Allah SWT sentiasa berada dekat dengan kita. Bahkan Allah SWT memberikan jaminan walaupun dosa yang kita lakukan di dunia ini begitu banyak tetapi keampunan daripada Allah adalah lebih besar daripada apa yang telah kita lakukan.


Kita sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir ketika selepas solat fardhu beramai-ramai di masjid dan surau, tetapi penghayatan kita tentang ganjaran yang besar ini akan lebih memberikan semangat untuk kita menambah lebih banyak ruang keampunan daripada Allah SWT. Rasulullah yang sedia diampunkan Allah tetap berzikir dan bertasbih selepas solat baginda, untuk menggambarkan kepada kita jangan berhenti untuk memohon keampunan daripada Allah SWT. Kerana kasih sayang Allah sahaja yang dapat menyelamatkan kita semua dari dijamah oleh azab-Nya yang dashsyat.

Post a Comment

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP